Menarik resipi masak Daging Masak Gerang Asam Melaka ni. Rasa dan aromanya memang menyelerakan. Pasti bertambah nasi.
IKUTI PERKONGSIAN RESIPI INI.
Petua masak gerang asam melaka yg merecik :
Guna bhn spt daun limau purut dan lada hitam… berbeza dgn asam pedas yg biasanya guna daun kesum dan bunga kantan tu kn
Tp yg penting daun limau purut tu mesti dibuang batang tengahnya supaya masakan tak menjadi pahit, ok
Ads
Petua melembutkan daging :
Perap dulu bersama 1 sudu soda bikarbonat sebelum dibilas bersih.
Atau guna cara lain spt perahkan lemon atau limau nipis ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam/semalaman sebelum dimasak.
Ads
Paling mudah, boleh saje rebus daging bersama sudu besi. Antara petua yg pelik tp menjadi kan
Bahan-bahan dan cara ada pd gmbr.
Ads
Ok, Selamat mencuba ye!
Kredit:Azilahwati Rahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Sawi Kena Ada Kat Rumah Paling Kurang Seminggu Sekali”- Rupanya Ni Sebabnya, Dr Ni Jelaskan.
Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan. Ini semua antara kita sudah maklum.
Pun begitu, tahukah anda dalam banyak-banyak sayur untuk dijadikan pilihan hidangan, Dr Mazliana Mazlan ini berkongsi satu info menarik tentang sayur sawi di akaun facebooknya.
Apa keistimewaan sayur sawi ini hingga dicadangkan untuk perlu dihidangkan sekurang-kurangnya seminggu sekali?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Sawi Kena Ada Kat Rumah Paling Kurang Seminggu Sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan. Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam takde pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada waktunya, ibu mulalah kehabisan idea untuk memasak di rumah. Bosan asyik ulang menu yang sama saban minggu, apa kata pada hari cuti ini kita sediakan menu special tetapi paling mudah hendak di sediakan. Malah bahan yang digunakan juga teramatlah ringkas. Hanya gunakan tiga bahan utama sahaja dan pastinya bahan utamanya iaitu bawang putih yang cukup tinggi khasiat pada badan kita.
Menu jimat ini merupakan resipi dari Bangkok yang menjadi menu tradisi Myra Chanqkey. Cara hendak menyediakannya juga tidaklah mengambil masa yang agak lama. Malah mudah dan senang. Anda wajib mencubanya!
Dulu Arwah Mak selalu masak ni. Resipi dari arwah nenek asal Bangkok. Sedap nasi bertambah-tambah, lauk ni pun cukup. Bahan pun mudah cepat & sedap.
Daging Bawang Putih
1 labu Bawang putih* 15 biji Cili Padi* (boleh dikurangkan untuk anak) 1 biji Cili Merah*
Blend Semua*
Daging 350g
2 sb minyak masak. Tumiskan bahan blend.
Kemudian masuk daging.
Tambah Air sikit biar daging empuk bersama garam, gula dan serbuk perasa.
Biar sampai air kering.
Siap.
Nak lebih info menarik? Jom sertai group Telegram Keluarga Gader !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak masak untuk keluarga ni, kena masak menu yang membuka selera. Antaranya menu Ikan Cencaru Sumbat. Rasanya mememang sedap. Tambahan pula makan bersama nasi yang masih panas.
Seorang jurujual berkongsi simple tetapi sedap. Bahan nak buat pun mudah.
“Tak tahu ikan cencaru nak masak apa pula. Meh la try Eyda punya resipi ikan cencaru sumbat yang hari-hari Eyda buat jual di kedai Eyda. Senang ajerr.”
Ini resipinya.
Bahan-bahan ikut gambar.
5 ekor ikan cencaru
Cili kering yang direbus ( anggaran tengok gambar)
1 biji bawang holland
8 biji bawang putih
Belacan separuh ( anggaran tengok gambar)
Air asam jawa
Gula dan ajinomotor
Bahan-bahan tadi dikisar.
Ikan digaul dengan sebuk kunyit dan garam.
Bahagian belakang ikan cencaru disumbat dengan bahan yang dikisar tadi. Sambal tak perlu di masak. Tapi jika nak masak pun boleh.
Goreng ikan dengan api yang perlahan.
Dah siap! Makan panas-panas memang sedap!
Sumber: Eyda Zuraida
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...