Ibu bapa mana tak teruja untuk menyambut hari kelahiran anak buat kali pertama. Pelbagai persiapan diadakan bagi memenuhi impian anaknya. Paling dititik beratkan adalah minat anaknya terhadap sesuatu animasi ataupun kartun yang turut dijadikan sebagai tema majlis untuk memastikan anaknya teruja.
Kisah wanita ini pastinya mengundang sebak. Setelah sebulan bertungkus lumus membuat persiapan untuk meraikan ulang tahun anak yang pertama yang bertemakan Cocomelon, keesokan harinya dia pergi meninggalkan permata hatinya itu.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
Ucapan Hari Lahir
Selepas majlis sambutan hari lahir yang turut diraikan oleh sanak saudara dan kenalan, wanita yang bernama Athirah Jaafar ini sempat menitipkan ucapan dan doa buat permata hatinya, Muhammad Haider Yusuf di laman sosial.
Dijemput Ilahi Sehari Selepas Sambutan Ulang Tahun Anak
Tiada siapa dapat menduga, baru terlakar detik bahagia tiba-tiba bertukar sedih. Perkhabaran bahawa Athirah Jaafar telah meninggal dunia selepas pengsan ketika berada di tempat kerja sebelum di bawa ke salah sebuah pusat perubatan di Sarawak telah di sampaikan oleh makciknya.
@nzra_d Al-Fatihah Athirah Jaafar🤍 Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh🫶🏻❤️ #alfatihah #kasihibu #syurgakuduniaakhirat #yusuf #foryou #duniakhirat ♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪DEDYY…
Suami kepada Athirah Jaafar amat terkesan dengan pemergiaan isterinya yang sangat mengejut. Menerusi laman Facebooknya, Mumin Mohd redha dengan pemergiaan isterinya. Turut meluahkan rasa pilu bahawa perasaan cinta dan sayangnya kepada arwah tiada terganti.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club