Patutlah Viral! Share Lebih 8K, Begini Cara Mudah Buat Donat Paling Gebu Guna 4 Bahan Je

Share

Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya serta adunananya yang gebu pasti membuatkan anda tak cukup hanya sebiji sahaja.

Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu  cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi.  Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.

Nah, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Shima Chym

. Moga bermanfaat!

Actually pernah share dulu. Tapi harini kita share lagi skali resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.

Donut gebu gebas uli tangan😅

Bahan2 (untuk 2 cawan tepung)

Bahan A
* Yis – 2 sudu besar
* Susu pekat – 2 sudu besar
* Air suam – 3/4 cawan
* Garam – 1 sudu teh

Bahan A di atas ☝️campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.

Bahan B
* Marjerin – 2 sudu
* Tepung gandum – 2 cawan

Gaulkan bahan B di atas ☝️. Guna tangan je.

 

1. Campurkan bahan A & bahan B.
2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
3. Bulat2 kan doh jadi lebih kecil. Saya genggam & keluarkan

dekat celah genggaman je. (boleh refer gambar).

 

4. Buat bulatan kecil dekat tengah2. Tarik2 guna jari je.


5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah2 goreng nanti sure donut kembang.\


6. Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.

Ok selamat mencuba.

Ikhlas dari
Mamy Chym Cuckoo