Patutlah Viral, Sedap Dan Mudah Nak Buat Puding Roti Pelangi. Ini Resipinya!

Share

Tiada idea untuk menu minum petang apa kata buat puding roti pelangi. Memang mudah nak buat. Rasa pun sedap.

Ikuti resipi ni

Puding Roti Pelangi

Bahan A
20gm agar agar tali..cuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
## Masak agar2 dengan air hingga larut agar2
## Masukkan gula..kacau2
Bahan B


4 keping roti gardenia..buang kulit tepi..carik kecil2
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka
Cara menyediakan:


1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus
2) Tuang dalam periuk agar2 tadi..sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat..tutup api
3) Bahagikan adunan agar2 tu kepada 3-4 bekas..setiap bekas..adunan tu dalam 1/2 cawan..warnakan ikut suka
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air..kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna dia hingga habis..biarkan beku sedikit..kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan2 kesemuanya..sejukkan
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-perlahan potong ikut suka sedia untuk dimakan

Kredit : Zura zul via mahn