Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga. Jom cuba respi yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam .
Bukan jer sedap malah ringkas cara buatnya. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Boleh buat menu Chicken Perattal makan tengah hari ni.
Hi semua…
Edit:
Ada org tanya s.cili brand apa sbb colour cantik… Serbuk cili tu sy guna brand babas ye… tq
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil
Sebiji tomato,
Daun kari sikit
Daun ketumbar
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu kecil jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili’
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.
Cara membuat:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.