Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, walaupun raya ini tak boleh nak sambut besar-besaran tapi tak bermakna anda tak masak untuk keluarga kan.
Apa kata untuk hidangan pagi raya kali ini, ibu-ibu sediakan resipi Mee Celup Ala Thai.
Nak tahu caranya jom tengok perkongsian dari Fatin Shaida. Selamat mencuba!
RESEPI MEE CELUP ALA THAI
BAHAN- BAHAN
1. Ayam / tulang daging lembu
2. Meatball / bebola daging (celur)
3. Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
4. Daun ketumbar
5. Daun bawang / sup
6. Kangkung / sawi / tauge
7. Kicap pekat
8. Garam / gula / ajinomoto
9. Cili serbuk
10. Cili jeruk (cili besar hijau)
11. Cili api
12. Kacang tanah tumbuk halus
13. Bawang putih goreng
14. Bawang merah goreng
15. Bawang putih jeruk
16. Kicap soya / manis
17. Kicap sotong thai
18. Lada hitam serbuk
19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun
1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..
2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.
4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.
6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.
7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus
8. Sedia utk dihidang.
CARA BUAT HIDANGAN PERENCAH PENAMBAH PERASA
2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.
3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudian blend / tumbuk.
4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.