Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Milo Oreo ini.
Air tangan dari Nurfarleena Shukor ini viral sehingga dikongsikan 100k dan mendapat tanda suka sehingga 8k. Nampak simple tapi sedap dan memenuhi citarasa seisi keluarga. Nak tahu caranya, jom tengok resipinya!
Atas permintaan ramai yang tergoda dgn puding milo ni, nah resepi … buat jangan tak buat
Ads
Puding Milo Oreo Bahan Serbuk agar2 clear 10gm
Air 4 cup
Gula pasir 1/2 cup (suka makan manis letak la 1 cup)
susu cair 1 tin
oreo 1 paket (krim jangan buang)
milo 1 cup (eyna campur serbuk koko sikit*)
Ads
Cara-cara: 1) Larutkan agar2 dengan air di atas api yang perlahan, dah larut masukkan gula. Kacau lagi sampai larut.
2) Masuk susu, kacau sampai didih.
3) Asingkan 2 cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih)
4) Manakala yang lebihan tadi masukkan milo, kacau lagi.
5) Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas. 6) Tunggu sehingga layer tu keras, garit2 kan pakai garfu diatas layer milo yang first tadi, tuang semua adunan yang putih .Patahkan dua biskut oreo tu, dan susun biskut ikut suka byk mana atas layer putih tu.
7) Dah keras masuk baki layer milo, semuanya ada 3 layer. Dah suam2 boleh masuk dalam esbok, dah sejuk dan keras bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selamat mencubaaaa p/s: eyna buat 1/2 cup gula dan oreo dalam 5 keping je sbb tak suka manis.
eyna pakai serbuk agar2 yang color coklat (ketua keluarga salah beli)tapi rasanya lagi nmpak menarik layer tgh tu, dun wori rasa still sama hihii
Keharmonian, kebahagiaan dan kepercayaan dalam rumah tangga perlu dibina dan semuanya terletak pada usaha seorang lelaki yang bergelar suami dan wanita sebagai isteri.
Jika diimbau, setiap antara kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan pastinya bagi setiap wanita mengimpikan untuk mendapat suami yang beriman dan baik terhadap dirinya. Begitu juga di pihak lelaki mahukan isteri yang baik, taat dan mampu menguruskan rumah tangga.
Oleh itu bagi mendapatkan ketaatan isteri, suami perlu balas dengan tanggungjawab. Caranya bagaimana?
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki bergelar suami untuk dijadikan peringatan bersama. Menurut katanya, sepanjang mendirikan rumahtangga, belum sekali pun dirinya mengugut isteri atau menggunakan ayat “syurga isteri di bawah tapak kaki seorang suami…”
Terlalu besar dan tak tercapai untuk digunakan bagi mendapatkan ketaatan isteri…
Saya sendiri pun belum tentu boleh masuk syurga…takkan saya boleh decide untuk orang lain pulak walaupun dia tu adalah isteri sendiri…apa yang boleh seorang suami macam saya ni buat ialah, jadikan isteri seorang yang taat dengan bertanggungjawab ke atas dirinya, jalankan kewajipan terhadap dirinya dan juga tunaikan hak yang patut seorang isteri dapat…
Bila dia taat pada suaminya, maka mudah untuk dia masuk syurga…
Tiket ke syurga bagi seorang isteri adalah ketaatan dia pada suami…namun, ketaatan ini bukanlah sesuatu yang boleh disuruh, diperintah atau dibagi arahan begitu sahaja…ianya di bina perlahan-lahan sejak hari pertama dia bergelar isteri…
Semua suami nak seorang isteri yang taat…tak ada seorang suami pun yang nak seorang isteri yang derhaka, melawan cakap dan sebagainya…sama jugak di pihak isteri…tak ada seorang isteri pun yang nak seorang suami yang tak bertanggungjawab, tak menjalankan kewajipan dan tak tunaikan hak-hak yang sepatutnya seorang isteri dapat…
Buat apa yang patut kita buat dan dia akan buat apa yang patut dia buat.
Tinggal dengan mentua ada kelebihan dan kekurangannya. Lebih-lebih lagi jika ipar duai lain pun serumah dengan kita. Bab aurat sudah tentu kena jaga kan.
Justeru, pergerakan di dalam rumah agak terbatas, baik nak ke dapur mahupun ke bilik air, kena pastikan sentiasa menutup kepala. Bagi sesetengah orang benda itu agak remeh namun leceh juga kan.
Apa lagi nak bermesra dan bergurau senda dengan pasangan sendiri kena hati-hati tak boleh dilihat pada tatapan ipar duai atau anak-anak kecil yang lain.
Seorang wanita bernama Ain Zaki berkongsi cerita bagaimana dia menjaga ‘privacy’ biarpun tinggal serumah dengan mentuanya.
Hasil kreativiti Ain, dia telah menukar sebuah bilik menjadi seakan-akan rumah kecil yang dianggap ‘syurga kecil’ milik mereka sekeluarga.
Nak tahu caranya, jom baca ni!
Dapur dalam bilik tidur! Belum ada rumah sendiri , duduk dgn mentua , dlm rumah ada 2 family ipar duduk skali..
Rasa pgerakan terbatas bila masak2 kat dapur bawah.. yela , pakaian kita kena jaga kan.. xkan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..
Pujuk en husb utk reno skit buat dapur dlm blik.. memandangkan bilik besar juga.
Dlm bilik pakai dapur karan , ada blower , ada tingkap & ada pintu .. bau masuk blik tu ada la tp tak la sampai berbau tilam baju semua.. stakat bau2 harum je gituu..
Nk mkn apa cakap jer .. Semua bahan lengkap. Peti ais ada tp besar sgt xmuat dapur. Jd letak kat luar ( dalam bilik )
Tapi bagi saya .. ni syurga kecil kami. ??
Doakan sy ada rezeki beli rumah sendiri..
Ruang keseluruhan bilikPintu menuju masuk ke dapurRuang dapur yang nampak kemas dan tersusu. Pinggan mangkuk di simpan di dalam kabinet.Ruang memasak yang menggunakan dapur elektrik.Ruang menempatkan katil yang ringkas tapi kemas.
Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali. Watak bengis, jahat, antagonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.
Walhal ibu tiri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.
Mendidik anak-anak tiri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu tiri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak tiri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.
Lihat bagaimana 5 artis ini mendidik anak-anak dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tiri mereka. Nyata, gelaran ibu tiri hanyalah sekadar gelaran semata-mata. Soal bahagia? Kita yang menentukannya!
Datuk Siti Nurhaliza
Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak tiri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tirinya sedikit membuka mata bahawa ibu tiri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.
Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak tirinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemparkan kata-kata fitnah dan cacian suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.
2. Datin Marlia Musa
Kisah dan pengkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak tiri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu tiri.
3. Lisdawati
Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama kesemua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.
4. Memey Suhaiza
Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak tirinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.
Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.
5. Ashanty
Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.
6. Laudya Chintya Bella
Pernikahan Laudya Chintya Bella bersama Engku Emran Engku pada 8 September tahun lalu membawa status ibu tiri baginya. Walaupun bergelar ibu tiri kepada Engku Aleesye namun hubungan dua beranak ini cukup akrab.
Perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di instagram peribadi Laudya jelas membuktikan kebahagiaan keluarga tiga beranak ini cukup akrab.
Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tiri sebagai negatif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan darah daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...