
Semenjak Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) dilaksanakan kira-kira sebulan lalu, tentu pelbagai resipi baru kita dah ‘khatam’. Rasanya lepas ni PKP agaknya ada yang boleh buka restorant.
Terbaru trending sekarang cara membuat laksa penang. Malah melalui perkongsian Ameera telah mendapat share sebanyak 21K, mana taknya, cara nak buat mudah sangat. Paling best, tak perlu asingkan isi ikan, terus blander je ikan tu. Senang sangat ni.
Cara pembuatan laksa penang mudah dan sekiranya anda mengikut langkah – langkah yang sedia ada, pastinya akan menghasilkan juadah yang kegemaran keluarga.
Apa yang pastu buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara.
Jom kita tengok resipi mudah ni.
Selamat mencuba! Boleh buat untuk hidangan seisi keluarga petang minggu ni.
Sumber: Ameera
Yogurt Homemade. Wow! Selain Dimakan Boleh Guna Untuk Penjagaan Kecantikan.

Kegunaan yogurt selain lazat dimakan, turut digunakan untuk penjagaan kecantikan.
Apa yang pasti, produk olahan susu ini cukup popular dan bermanfaat untuk kesihatan.
Untuk itu, menariknya juga yogurt ini boleh anda hasilkan sendiri dengan bahan yang cukup ringkas.
Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian daripada Puan Dilla Min ini.
Bahan – bahan:
Fresh milk full cream.
Plain yogurt
Cara Penyediaan:
- Panaskan susu, hingga mendidih dan berbuih halus. Jangan tinggalkan, kacau perlahan-lahan supaya susu tak berkerak di bawah. Kemudian tutup api. Biarkan sehingga suam.
- Untuk suamkan, korang bolehlah pindahkan ke bekas simpanan, paling baik bekas kacalah sebab susu tu panas. Kakdill suamkan dalam ni je sebab periuk ni memang dikhaskan untuk yogurt saje.
- Bila susu dah suam. Pastikan susu tak panas dan tak terlalu sejuk. Kalau panas bakteria tu akan mati dan kalau sejuk, bakteria tu tak aktif pulak. Korang simpan la 2 hari 2 malam pun takkan jadi.
- Bila suhu dah sesuai, campur dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup rapat-rapat. Boleh tutupkan dengan towel ke untuk kekalkan suhu dia. Pastikan susu tu sentiasa suam untuk beberapa ketika. Kakdill letak atas meja je untuk 6-7 jam suhu bilik. Dah jadi yogurt baru kakdill simpan dalam peti sejuk.
- Bila dah simpan 6-7 jam tu pun dah boleh srupp-
Sumber : Dilla Min
Cara Masak Daging Goreng Thai Sedap Lagi Terangkat. Menu Istimewa Memang Kebabom!

Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan semestinya hasilnya cukup sedap. Memang kebabom.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Kredit Resepi Anak Mama
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos. Mudah, Pakai Gaul Je Tak Perlu Mixer Pun. ‘Confirm’ Jadi!

Setiap kali lalu kedai jual biskut Famous Amos ni, baunya sudah semerbak harum buat hati nak cuba . Terbayang rasanya yang rangup dan rapuh memang sedap sangat. Sebenarnya nak buat resipi ini bukanlah susah mana pun. Tak perlu pakai mixer, gaul guna spatula pun dan menjadi.
Myra Chaqkey menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi resipi cookies yang cukup sedap ini. Selamat mencuba ibu-ibu!
Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..
Menjadi Sedap Tak berapa Manis
Terbaik
Resepi tengah Viral
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”
Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
SIAP!
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!