Patutlah Viral Resipi Yee Mee Sizzling Ni, Cara Masak Simple Tapi Terlajak Sedap!

Share

Yee Mee Sizzling memang menjadi kegemaran ramai. Jika singgah makan di food court mesti order!

Tapi sejak PKP ni tentu ramai dah lama tak menjamah hidangan ni.

Apa cuba buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian oleh puan Izi Ismail. Tengok gambar pun dah terliur! Patutlah viral sampai 14K share!

Tak jadi kalau tak masak ni.

Anak mintak nak makan, tengok dalam food panda amboihh mahal beno.. Anak kita ramai awak. Buat sendiri lagi jimat dan semestinya lagi sedap !
Nak resepi ? Ni dia..

Bahan bahan :
Yee Mee 1 pek – celur & toskan.
Sawi seikat – celur & toskan.
Ayam separuh ekor – potong kecik
Cendawan butang 1 pek – hiriskan
Cili kering – gunting kasar2 je
Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci – cincang halus
Serbuk lada hitam – 1 sudu*


Kicap pekat – 1 sudu*
Kicap manis -2 senduk*
Sos tiram – 1 senduk*
Kiub ayam – 2 ketul*
Tepung jagung – 2 sudu

Cara- cara :
Tumiskan bawang & halia sampai naik bau..
Masukkan cili kering..
Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air.
Biarkan sampai ayam masak.
Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan.
Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya.
Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air).


Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur.
Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba !

Sumber: Izi Ismail

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club