Nak buat salad buah ada pelbagai cara untuk menjadikan ia bertambah enak. Salah satunya buat dengan campuran pemanis dan krim.
Jika letak bahan perisa akan ada rasa lemak-lemak manis.
Resipi viral ni sesuai sekali untuk jamuan dan anak-anak yang susah makan buah.
Jom lihat resipi dikongsikan oleh Puan Marimar Mas.
RESEPI SALAD BUAH BERKRIM
BAHAN-BAHAN Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh) Susu Pekat Cheddar Cheese Nestle Cream (Mesti ada baru sedap) Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau) Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap) Resepi salad buah
CARA-CARA 1. POTONG & KUPAS BUAH Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
Ads
2. POTONG CHEDDAR CHEESE Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
Ads
6. SEJUKKAN Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.
Baru sedap!
.
BOLEH ‘PANCING’ ANAK-ANAK MAKAN BUAH Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.
Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.
Ads
Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!
Bukan mudah jika memask sambal supaya rasa sedap, likat dan berkilat.
Masak sambal termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang.
Nak tahu rahsia supaya sambal jadi lebih sedap ikuti resipi puan Nurfaryana Nazari. Boleh cuba!
Bahan-bahan dan cara penyediannya:
Cili kering 2 genggam, rendam air panas, blend dgn selabu bawang besar, 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia, sebtang serai(ikut nak bubuh atau tak) blend dgn minyak bekas goreng ikan bilis 2 senduk(ni akan buat sambal tu sedap) n sedikit air..
Panaskan minyak, masuk daun pndan sehelai n tuang bhn blend, tumis smpai pecah minyak, masuk skeping asam / asam jawa.. letak garam n gula + gula merah..
Masukkan bilis yang digoreng, gaul sebati, boleh tutup api bila nmpk minyak n sambal tu tpisah mcm dlm gmbar.. buat sambal ni mmg pakai minyak banyak, nanti bila nak mkn, boleh buang sikit lapisan minyak tu.
Jika nak buat sambal udang, sama ja langkahnya cuma tambahkan saja hirisan bawang besar dlm smbal.. rasanya lebih manis, sesuai utk masakan udang.
Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.
Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.
Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.
Sumber: Nurfaryana Nazari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika dulu, kuih ini mungkin boleh dilihat setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha, tetapi kini tidak lagi. Permintaan untuk Kuih Tart sentiasa ada. Tidak hairanlah jika ada yang membuat duit dengan kuih Tart ini.
Bagi ibu-ibu yang baru mahu membuat sendiri resipi Kuih Tart, boleh baca perkongsian dari Datin Anida Azmi di dalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mana tahu boleh hasilkan sendiri Kuih Tart untuk raya nanti. Tak perlu lagi nak tempah atau beli. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual Kuih Tart.
25 tahun dulu saya dpt Ilmu belajar buat kueh tart dgn yuran RM10…ilmu yg saya dpt manafaatkan utk tambah pendapatan saya.. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tp hg kini kuih ni mmg menjadi kegemaran tetamu dan biskut yg wajib ada setiap kali raya.
Dgn ikhlas hati saya kongsikan resipi ni utk teman2 disini. Mana tau bole dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...