Patutlah Viral, Resipi Cheesekut Cake Ni Memang Gerenti Jadi. Mudah Nak Buat Dan Sedap!

Share

Percayakah anda hanya menggunakan 5 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles! Hanya menggunakan cream cheese Tatura, biskut dan susu serta nestum tanpa menggunakan tepung gandum dan telur.

Memang mudah! Paling best, tak perlu bakar kek. Hanya sejukan dalam peti ais. Apa lagi jom cuba buat ikut resipi viral ni.

RESEPI CHEESEKUT CAKE
Bahan-bahan:


250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum

Cara penyediaan boleh rujuk di setiap gambar.


1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 s/b susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.


2)Celup biskut ke dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk lapisan pertama.(Celup jap je taw, Nanti kembang sangat)


3)Tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Pastu boleh tabur nestum.
4)Ulang step yang sama.


5)Pastikan lapisan last sekali ialah adunan cream cheese. PAstu tabur nestum.


6)Masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk.Pas potong dah boleh ngap!

Diizinkan untuk share resepi simple dan sedap sangat ni. Siap!

credit : Nor Suhana Samidjan