Patutlah Viral Resipi Ayam Panggang Ni. Bukan Sahaja Nampak Sedap, Rupanya Cara Buat Pun Mudah Sangat. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Share

Sepanjang bulan Ramadhan ini pasti yang membuatkan ibu-ibu pening apabila masuk dapur adalah menu yang bakal dimasak. Kalau hari biasa pun kadang kala mati kutu, inikan pula bulan istimewa ini.

Pasti mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk petang ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh Sitjua Jua.


Morning!

Sempena nak sambut ramadhan ni sy nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah. 

Bahan-bahan:

½ Bawang Holland

2 biji bawang merah

1 sudu besar Black Pepper

1 Kiub pati ayam

3 ulas bawang putih

2 inci halia

1 sudu kicap manis

Cara membuat:

1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.

2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..

3. Letakkan sesudu kicap.

4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.

5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit

6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!

Sumber: FB Sitjua Jua via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)