
Mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk hari ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah in
Selamat mencuba!
.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
Sumber: FB Sitjua Jua to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Dah Lama Goreng Masih Rangup Kulit Karipap. Peniaga Kuih Ini Kongsi Resipi & Tekniknya, Gerenti Jadi!

Yang mana pertama kali nak buat karipap tu, dan nakkan kulit karipap yang sentiasa rangup walaupun dah lama goreng, boleh cuba resipi ni! Nak masak inti apa? Terserah anda asalkan kulitnya win! Jom tengok cara-caranya..
Bahan-bahannya :-
– 1 kg tepung gandum,
– Planta 200gram,
– Minyak masak separuh cawan,
– Air sejuk 2cawan, + garam 3sudu teh
– Air kapur 1,sudu
Cara-caranya :-
1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.
2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.
3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.
4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.
5. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)
6. Hati2 ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sgt2.. tangan mesti betul2 kering . goreng separuh masak..jangan terus simpan mentah mcmni ye..xcantik nanti
Sumber : Azzura Ismail
Ini Rahsia Resipi Gulai Kerutuk Kelantan Jadi Lebih Sedap Dan Elak Cepat Basi. Patutlah Masakan Wanita Ini Ramai Yang Share.

Salah satu hidangan popular di negeri Kelantan adalah gulai masak kerutuk daging. Rasa rempah kerutuk ini memberikan aroma yang berbeza dengan gulai masak kari. Jadi tidak mustahil masakan ini menjadi salah satu hidangan digemari ramai seisi keluarga.
Nak tahu resipinya, ikuti resipi yang sebelum ini viral. Wanita ini menyediakan cara step by step penyediaan ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Resepi Gulai Kerutuk Kelantan
Dulu, saya pernah kongsi gulai kerutuk daging di grup MAHN ni. Terus saya terima ramai kawan baru. Semua teringin nak buat sebab gulai kerutuk ni popular kat belah pantai Timur.
Kali ni saya kongsi lengkap dengan langkah bergambar satu-satu. Jarang sebenarnya orang masak kombo daging dan hati sekaligus macam saya buat ni. Cara nak hiris daging untuk masakan ini pun saya tunjuk sekali. Siap bagitahu bahan tambahan rahsia nak sedapkan gulai lagi.
Sekarang ni saya dah bangga bila tengok makin ramai kawan berkongsi gambar masakan kerutuk kat fb. Bukan hanya orang Kelantan je boleh rasa masak kerutuk ni sedap. Rasanya sangat jauh beza dengan gulai lain.
PENYEDIAANNYA:
Yang suka bolehlah panjangkan resepi ini ye. Nak follow fb saya untuk resepi gulai lain pun silakan.
Selamat mencuba.
Kredit: Afy Al Habibi
Ikon Dunia Pembedahan Jantung, Tan Sri Dr Yahya Mahu Jadikan Cvskl Sebuah Csr Hospital Yang Berkhidmat Kepada Masyarakat.

Berasal dari keluarga yang mana rata-ratanya berkhidmat sebagai doktor sedikit sebanyak mendorong personaliti ini untuk memilih bidang yang sama. Dari sehari ke sehari beliau meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pakar bedah terkemuka di negara ini.
Angan-angan sahaja tanpa disulami dengan usaha gigih pasti akan tinggal impian semata-mata. Namun itu tidak berlaku kepada Tan Sri Dr Yahya Awang, lelaki yang cukup berkarisma dan penuh motivasi.

Berpeluang menemu bual ikon dalam dunia pembedahan jantung cukup bermakna buat penulis. Biarpun tampak sedikit tegas, namun dia cukup bersahaja, soft spoken dan punya aura tersendiri. Setiap persoalan diajukan dibalas dengan jawapan yang cukup ringkas namun padat dan bermakna.
“Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan semua doktor. Termasuklah ayah, adik, abang dan pak cik saya. Jadi, apabila masuk universiti, secara tak langsung minat dalam bidang tersebut mula bercambah. Malah, cita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung mula tersemat dijiwa kerana waktu itu sukar nak dapat pakar jantung di negara ini.
“Selepas berkhidmat selama 12 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), saya kemudiannya bersara tetapi menyambung khidmat di Damansara Specialist. Ketika itulah, terdetik idea untuk mengumpul pakar jantung di satu tempat. Saya memujuk rakan-rakan supaya berkongsi dan berkhidmat di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
“Daripada situ tertubuhlah pusat pakar jantung swasta ini yang diharap dapat membantu lebih ramai pesakit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati bahkan berasa cukup gembira dan bersyukur kerana ini adalah satu legasi yang dapat ditinggalkan untuk negara ini selain IJN,” ujar Tan Sri Yahya yang merupakan pengasas bersama 5 lagi rakannya untuk menubuhkan pusat berkenaan.
Akui empunya diri, bukan mudah untuk menjadi pakar bedah memandangkan banyak perngorbanan perlu dilalui termasuklah latihan yang lama, terpaksa dedikasi dan sabar kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
“Syukur kerana saya berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Bahkan, mentor saya juga merupakan seorang pakar jantung di hospital di London dan dialah yang mengajar saya untuk menjadi doktor bedah jantung.
“Kebanyakan doktor muda tak nak pilih bidang ini kerana terpaksa mereka terpaksa berkorban lebih termasuklah latihan yang terlalu lama dan lebih intensif membuatkan mereka memilih untuk berkhidmat di bahagian lain,” ulas Tan Sri Yahya sambil mengakui tidak ramai yang memilih bidang ini kerana di Malaysia pada masa itu tiada pakar. Malah dia serta kawan saya dan juga rakan kongsi sekarang iaitu Datuk Rozali antara yang terawal bergelar pakar jantung di Malaysia.
Tan Sri Yahya juga meletakkan sasaran untuk menjadikan CVSKL sebuah pusat jantung yang baik di Asia. Baginya tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan mereka memiliki ramai pakar jantung di situ.
“Saya percaya ia boleh dicapai kerana banyak pakar di dalam bidang masing-masing. Ketika pelancaran pusat ini, saya sudah beritahu pusat ini bukan saja menjadi sebuah CSR hospital yang mana bukan sahaja berkhidmat untuk golongan yang berkemampuan bahkan kami mahu ‘pulang balik’ pengalaman dan ilmu yang ada kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semua.
“Ramai pakar di sini yang telah berkhidmat untuk memajukan bidang sakit jantung. Bukan itu sahaja, CVSKL tidak boleh dikategorikan hanya untuk golongan swasta semata-mata,”ujar Tan Sri Yahya lagi.
Diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjadi doktor dan menguruskan kes pembedahan jantung, akui bapa kepada 4 anak ini tidak menafikan cukup gabra dan jantung pun ikut sama berdebar.

“Saya masih ingat, kes tersebut mengambil masa yang agak lama lebih kurang 4 jam untuk selesaikan kes tersebut. Lepas selesai, saya berkongsi cerita dengan isteri. Malah dia juga mengikut saya ke London ketika saya menjalani latihan di sana. Isteri juga merupakan doktor dan dia menjalani latihan pakar kulit. Bukan sahaja saya dan isteri, bahkan anak kami juga turut terbabit dalam bidang yang sama.
“Kalau diikutkan masa saya banyak dihabiskan di hospital kerana pembedahan jantung bukan mudah tetapi saya akan pastikan saya pulang ke rumah setiap hari. Jadi, isteri yang lebih banyak dengan anak-anak. Dua anak saya berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang menjalani latihan di Australia. Saya tidak memaksa jauh sekali menggalakkan mereka memilih bidang yang sama. Minat tersebut datang dari diri mereka tanpa dipaksa baik oleh saya mahupun ibu mereka.
“Bahkan, saya selalu cakap di dalam rumah kita sepatutnya ada doktor, peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. Saya pernah cakap dalam keluarga kita ni ‘boring’ kerana waktu makan pun bercakap hal yang sama, balik balik tentang pesakit dan sebagainya.
“Adakalanya cuba juga ‘pusing cerita’ hal lain tetapi pasti akan balik semua tentang hal di hospital. Nak tak nak kenalah dengar dan terima,” seloroh Tan Sri Yahya tentang gelagat mereka sekeluarga apabila berkumpul.

Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
“Setakat ini belum ada yang memilih menjadi pakar jantung seperti saya, walaupun sekarang ini dua dah jadi pakar dan dua lagi masih dalam latihan untuk menjadi pakar. Saya berharap lepas ini mereka akan berkhdimat di negara kita.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja selain sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi ada waktunya kami akan pergi bercuti satu keluarga. Itu sudah saya terapkan sejak dahulu lagi. Sekarang ini saya punya masa yang lebih dengan keluarga memandangkan saya punya 7 orang cucu,“ jelas Tan Sri yang gemar berenang dan bermain golf selain melancong.

Biarpun sudah boleh ‘cuci tangan’ dan berehat dari bidang tersebut, namun Tan Sri Yahya belum puas lagi mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.
“Sewaktu bersara dari IJN, saya ingatkan kerjaya sudah tamat. Namun umur bukan satu halangan kerana kesihatan diri dan mental semua okey. Lagipun kemahiran saya dalam pembedahan masih lancar tanpa masalah. Jadi apa salahnya saya meneruskan usaha saya ke arah membantu mereka yang memerlukan,”ungkap Tan Sri Yahya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018