Patutlah Viral, Resepi Chicken Mango Rasa Manis, Masin, Masam & Rangup Pasti Menjilat Jari. Ratah Je Pun Sedap!

Share

Asyik makan lauk kuah santan, sup ayam atau masak sambal, apa kata buat masakan ala Thai.  Barulah selera bertambah.

Tambahan pula sekarang ni tak digalakkan kerap keluar rumah. Jadi buat aje resipi lain dari lain supaya keluarga tak jemu.

Apa kata cuba resepi chicken mango ni. Rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah memang sekejap je habis dijamah keluarga. Nak ratah pun boleh!

Ikuti perkongsian resipi ni.

RESEPI CHICKEN MANGO PALING SIMPLE & SEDAP


I) UNTUK AYAM
BAHAN-BAHAN
Isi ayam (bahagian peha / dada)
Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
Goreng hingga kekuningan(deep fry)

II) UNTUK SOS & DRESSING
BAHAN-BAHAN
Mangga muda
Carrot
Daun ketumbar
Sedikit bawang besar
CARA-CARA
Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.

III) UNTUK SOS


BAHAN-BAHAN
Plum sos
Sos tomato
Sos Thai
Gula
Cili api potong
Perahan jus limau nipis
Sedikit bijan (jika suka)

CARA-CARA
Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

Siap! Selamat mencuba!

Sumber: Hawa Qalisha Ikin & Iza Farishaa via MAHN

Tawaran murah kitchen organizer di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club