Kalau sebelum ini asyik buat cucur ataupun direbus sahaja, apa kata cuba pula resipi viral ni. Mungkin ada yang sudah pernah cuba, kali ini admin kongsikan lagi. Mana tahu ada yang belum merasai Resipi Jagung Manis susu ni.
Cukup mudah cara buatnya, yang penting sedap. Anak-anak pasti sukakannya. Ini resipi perkongsian daripada puan Marliza Ghazali.
Buat Jagung Susu kali kedua mula2 buat x cukup. Anak2 cakap sedap. Kebetulan beli Jagung rm10 dapat 15 jantung memang murah sangat.
Resepi Jagung Susu
Bahan²:
🌽Jagung 5-6 tongkol(setongkol potong 3 )
🌽Susu cair 1 tin
🌽Susu pekat 1 cawan
🌽Air 3 cawan
🌽Gula 3 sudu teh
🌽Butter/planta 5 sudu teh
🌽2 sudu teh tepung jagung
Cara membuat:
Campur semua bahan kecuali tepung jagung, kacau.., masukkan jagung dan rebus jagung dalam 10-15 minit, tengok lar size kecik besar jagung tuhh..
Ketepikan seket, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan seket air. Kacau²-kacau untuk pekatkan sekit kuahnya.
Ok siap
Moga bermanfaat
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rimas Dapur Banyak Lalat, Ibu-Ibu Cuba Lakukan 4 Langkah Ini. Cukup Mudah!
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor.
Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Sumber: cari
Tak Hanya Buat Sambal, 5 Resipi Kreatif Guna Sardin Tin, Super Sedap!
Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Hari Ini Jemaah Haji Wukuf Di Arafah, Waktu Mustajab. Ini Himpunan 31 Doa Boleh Dibaca.
Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidliadha atau Raya Haji, usah lupa untuk mengambil peluang melakukan lebih amalan ibadat menjelang hari raya korban ini.
Biarpun ada antara kita belum berpeluang menunaikan ibadah haji, rukum Islam kelima pada tahun ini, namun kita masih tetap mampu mendapat manfaatnya iaitu berdoa waktu para jemaah haji wukuf di Arafah dan berpuasa Arafah.
Tinjauan daripada perkongsian beberapa media sosial, Majalah Keluarga nyatakan beberapa informasi yang berguna untuk kita siap sedia meraih pahala sempena hari wukuf pada hari ini.
Moga kita muhasabah diri menjadi mukmin terbaik.
Ikuti panduan ini:
WAKTU WUKUF, MUSTAJAB DOA
Hari ini (8/7.2022), jemaah haji wukuf di arafah lepas zuhur dan waktu di Malaysia bermula 5:27pm hingga 12:27malam.
Sila ambil kesempatan untuk berdoa untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.
31 PERMOHONAN DOA
Marilah kita sama-sama berdoa sempena Wukuf di Arafah In Shaa Allah
Allahhumma Shollialla Muhammad waalla’ali Muhammad
- Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
- Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
- Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
- Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
- Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
- Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
- Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Tetapkan hatiku di dalam islam dan ketaatan kepadamu. Selamatkan aku daripada kejahatan dan kesesatan.
- Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
- Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
- Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
- Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
- Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
- Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
- Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
- Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
- Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
- Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
- Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
- Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
- Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
- Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
- Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
- Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
- Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
- Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
- Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
- Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
- Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
- Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
- Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
- Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. Aamiin Aamiin Aamiin……
PUASA SUNAT ZULHIJJAH
PUASA TARWIYAH
(Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022)
PUASA ARAFAH
(Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022)
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.
Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 08 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah SWT berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT Doa Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Arafah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Semoga amalan yang dikerjakan akan dapat keberkatan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Insya Allah.
Sumber: FB Perkongsian beberapa warganet & Zakat Malaysia
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club