Sempena Hari Raya Aidiladha yang dijangka akan disambut umat Islam pada penghujung bulan ni, ramai yang mengambil peluang untuk melakukan ibadah korban. Kebiasannya daging korban enak dibuat bakar dan sup tulang. Bahagian batang pinang biasannya dijadikan pilihan.
Bagi yang suka makan daging bakar boleh cuba buat resipi perapan dan sos sebagaimana perkongsian Aisyah Zulaikha .
IKUTI PERKONGSIAN INI
Perapan daging
Daging 500gm
4ulas bwg putih
1sudu lada hitam
1sudu kecil garam
Sos
Bawang putih
cili api
(tumbuk)
3sudu sos tiram
2sudu sos ikan
3 sudu brown sugar
bwg merah hiris nipis
cili api hiris
air perahan limau nipis
daun ketumbar hiris halus.
Memang sedap dan rasa pun enak. Selamat mencuba!
Kredit: Aisyah Zulaikha