Patutlah Viral Lebih 24k Perkongsian, Rupanya Ini Kebaikan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Garam. Mudah Jer Caranya!

Share

Ramai orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.

Bagi wanita yang kerap mengalami sakit pada kaki, boleh amalkan petua ini. Terdapat 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepada kesesuaian diri kita juga.

Jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat dari doktor.

Jom semak 7 kebaikan rendaman kaki dengan garam:

1.Untuk Menghilangkan Bau Pada Kaki

Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam. Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu dengan bau tersebut. Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.

2. Dapat Mengatasi Masalah Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar

Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasilah maslah untuk dengan rendama kaki ini.

3. Dapat Mengatasi Selsema, Demam, dan Batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadilebih segar dan sakit akan berkurangan.

4. Melegakan sakit Kepala

Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda, jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah disebabkan perubahan cuaca.

5. Untuk Menenangkan Jiwa

Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stress pada badan dan minda kita.

6. Perjalanan Darah Menjadi Lancar

Air Panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.

7. Dapat Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang Bersarang di Kaki

Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.

Sumber: Islam Itu Indah