Patutlah Viral! Kek Nestum Gebu Ni Memang Sedap & Mudah Nak Buat. Guna Sukatan Cawan Je. Ini Resipinya!

Share

Terasa nak buat kek petang ni? apa kata cuba Kek Nestum gebu yang sedap ni. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga nanti.

Cara buat cukup mudah dengan menggunakan sukatan cawan je. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom ibu-ibu kita cuba, lihat menjadi tak kek viral ni.
Betul² sedap.. Rasa lemak² dia pada nestum..

Kek Nestum Gebu viral

Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die

Cara membuat:

  • Ok majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati.
  • Baru masukkan susu pekat 3 sb dan mix sebati
  • Masukkan satu2 telur total 5 biji ya
  • Slow kan mixer masukkan tepung tadi
  • Baru masukkan nestum tadi.
  • Lapik loyang pakai baking paper
  • Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
  • Bakar suhu 170-170 masa 45-55 minit api atas bawah
  • Siap keluar kan dari oven dan tebalikkan pada board. Terbalikkan semula

dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.

Resepi: Lieyaa Homemade