Terasa nak buat kek petang ni? apa kata cuba Kek Nestum gebu yang sedap ni. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga nanti.
Cara buat cukup mudah dengan menggunakan sukatan cawan je. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom ibu-ibu kita cuba, lihat menjadi tak kek viral ni. Betul² sedap.. Rasa lemak² dia pada nestum..
Kek Nestum Gebu viral
Ads
Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die Cara membuat:
Ads
Ok majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati.
Baru masukkan susu pekat 3 sb dan mix sebati
Masukkan satu2 telur total 5 biji ya
Slow kan mixer masukkan tepung tadi
Baru masukkan nestum tadi.
Lapik loyang pakai baking paper
Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
Bakar suhu 170-170 masa 45-55 minit api atas bawah
Siap keluar kan dari oven dan tebalikkan pada board. Terbalikkan semula
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Lobak merah yang lembik janganlah dibuang. Sebenarnya ada cara untuk mengembalikan kesegaran obak merah supaya ia kembali keras semula. Sayang kalau dibuang nak-nak kalau beli dalam jumlah yang banyak.
Selepas ini kalau lobak merah jadi lembik dan tidak segar lagi, jangan buang. Masih boleh lagi digunakan untuk memasak. Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsikan oleh Munirah Jamaluddin.
Berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Menyentuh tentang pendidikan anak-anak masa kini, begitu banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan demi kebaikan di masa akan datang. Oleh yang demikian, sewajarnya, ibu bapa era moden seperti kita hari ini perlu ambil tahu banyak perkara dalam menentukan hala tuju pembelajaran anak-anak.
Ia perlu difahami dengan jelas, di mana secara totalnya jauh berbeza dengan pendekatan yang telah diambil oleh ibu bapa kita suatu ketika dahulu. Contohnya dalam hal menentukan anak-anak harus berada di dalam kelas DLP (Dual Language Programe) atau sebaliknya.
Jika kita masih ragu-ragu, ayuh baca perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun fb miliknya. Jom semak.
Semasa merasmikan Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten tengahari tadi, aku berkongsi tips dengan ibubapa yang mana anak mereka bakal naik ke darjah 1 tahun depan.
Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibubapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.
Begini tuan puan. Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.
Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.
NAMUN…
Ada segelintir ibubapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?
Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.
Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik. Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan ‘one plus two equal three’. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.
Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.
Lebih merisaukan ibubapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.
Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.
Jadi, jangan ikut orang. Jangan memaksa anak-anak. Kita sebagai ibubapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.
Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.
Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.
Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.
Menyediakan menu nasi lemak untuk sarapan pagi boleh dikatakan ianya merupakan menu istimewa untuk dihidang kepada seisi keluarga.
Umumnya, pada hajung minggu barulah ibu yang berkerja berkesempatan untuk memasak menu ini. Maklumlah, hidangan nasi lemak ini perlu disediakan bersama sambal, telur rebus, kacang goreng, timun dan sebagainya untuk melengkapkannya.
Menyentuh tentang memasak nasi lemak, selain ditanak seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik, lebih mudah dan cepat seandainya dimasak menggunakan teknik kukus.
Malah menurut perkongsian tokma, nasi lemak yang dimasak dengan teknik kukus tidak berkerak malah lambat basinya.
Selain itu, turut dikongsikan rahsia sukatan santan untuk pastikan nasi yang dikukus sempurna masaknya. Nak tahu bagaiamana, jom hadam perkongsian ini.
Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu..
Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik. In Shaa Allah nasi lemak yang terhasil tidak berjelantah dan tahan lebih lama.
Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkan bersama…
Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.
Daun pandan, hirisan halia, serainyang dititik,
santan dan beras.
Cara memasak :
1. Basuh beras, isikan di dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.
2. Tuangkan santan secukupnya. Tokma sukat guna cawan periuk nasi elektrik. Untuk 1-5 cawan beras + 2 . Jika beras lebih daripada 5 + 3. Tok ma guna 7 cawan beras +3 = 10 cawan santan. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1 sudu besar. Kacau rata.
3. Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk tu guna api sederhana. Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat, nanti mercik-mercik pula.
4. Tutup periuk kukusan, biarkan nasi mendidih.Bila sudah menggelagak baru kecilkan api dan biarkan sehingga kering. Bila nasi sudah masak gembur-gemburkan dan sedia untuk dinikmati.
Ekstra info :
Masak cara begini, nasi tidak sedikit pun berkerak malah boleh bertahan lebih lama.