Penggemar makanan Western pasti suka dengan Sos Blackpepper kan. Baik dimakan bersama ayam atau kambing, keenakan rasanya menambahkan selera bukan?
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sos ini, jom admin Kongsikan resipi dari puan Yatt Sahdan yang viral sehingga dikongsikan 14k share. Selamat mencuba!
Sebab aku tak boleh nk tido..aku nk share resipi blackpepper sos utk chicken chop aku buat td sempena birthday laki aku..
Resipi ni pn aku ciduk kt fb..terima kasih la sape yg buat resipi mudah,cpt,cerdik n sedap giler ni! Sumpah puas hati😋
Bahan-bahan
– sesudu mentega / butter
– bawang putih
– sos prego keju & herba
– lada hitam
– sesudu kicap manis
Cara2
– panaskan kuali,masukkan majerin / butter
– tumis bawang putih (cincang) sampai naik bau
– masukkan sos prego keju & herba
– masukkan air sikit (ikut kepekatan yg korang nak)
– masukkan lada hitam yg dah ditumbuk kasar
– garam secubit,maggi cukup rasa secubit,gula secubit
– kicap 1 sudu (untuk colouring) wajib kicap manis ya..NO kicap masin🙅🏻♀️
Sukar Nak Pisahkan Anak Dengan Gajet, Ustazah Ini Kongsi Tip Ini.
Anak asyik bermain gajet tentu membimbangkan ibu ayah. Sukar untuk memisahkan anak dengan gajet membuatkan ibu ayah pening kepala memikirkannya.
Nak tahu caranya. Ustazah ini kongsi panduan ini.
Pisahkan anak dari gajet
Mungkin tip ini dapat membantu. Saya kumpulkan disini cara ibu ayah hebat bantu anak mereka agar tidak terikat dengan gajet
1. Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka
Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Anak-anak leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR, tidur lewat malam kerana bermain game, mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu ta’asub dengan hiburan, melayari Internet tanpa batasan. Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu ayah meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar anak-anak kita diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
2. Selesai PdPR, bina aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakkan komunikasi, cari point penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan. Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu ayah melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik dari kita. Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadi seperti kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.
3. Berjamaah setiap kali waktu solat. Bila solat sendiri-sendiri, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada Allah dan baca surah-surah lazim.
4. Waktu petang ajak anak-anak keluar untuk bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai. Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman Kanak-Kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.
5. Selepas selesai solat maghrib berjamaah jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.
6. Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game. Ibu ayah yang saya kasihi.. Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti.
Jarakkan anak-anak dari gajet, penuhi hidupnya dengan penuh bermakna.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
“Syukur Tiada Benda Pelik-Pelik Sepanjang Tinggal Di Rumah Ni.” Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Beli Rumah Tinggal 30 Tahun Lepas Dapat Restu Ibu Ayah.
Siapa sangka rumah usang yang ditinggalkan selama 30 tahun yang terletak di tengah bandar Alor Setar telah transformasi dengan bermodalkan RM60,000 kini merupakan milik bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof.
Tinjauan oleh beberapa pembeli sebelum ini telah membatalkan hasrat setelah melihat keadaannya rumah yang seakan hutan ini.
Malah rumah dulunya digelar ‘berpuaka’ telah diubah suai dengan cantik ditanah berkeluasan 4,500 kaki persegi. Menurut Azmeer banyak cerita yang menyeramkan semasa beliau datang melihatnya termasuk pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah ruang tamu rumah serta tandas yang terlalu gelap gelita kerana pemilik lama tak meletak tingkap.
Beliau nekad memilik rumah itu dengan restu mak ayah penting dan penduduk bertanya dengan penduduk minta pendapat.
Baca artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.
Beliau mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM60,000 untuk membaiki kediaman terbabit termasuk membeli barangan kelengkapan lain. Bekas pemain pertahanan itu turut berhabis RM200,000 untuk keseluruhan kos termasuk harga tanah berkenaan bernilai RM140,000.
“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.”
Beli rumah restu ibu ayah
Jiran-jiran sini beritahu, mereka pun tak berani tengok rumah ni. Kalau naik motor lalu sebelah rumah ni, dorang pulas throttle 120km/j .
Ada yang kata melalui tingkap rumah ni ada ‘ mata-mata ‘ melihat. Ada yang kata orang mati dalam rumah ni. Ada yang kata rumah ditinggalkan selama 30 tahun.
Entahlah, saya beli je sebab saya tak pernah ada rumah sendiri. Lagi pun dapat restu mak ayah, so beranikan je beli. Lagi pun nak buat macam mana, rumah macam ni je saya mampu beli .
Syukur tiada benda pelik-pelik yang berlaku sepanjang tinggal di rumah ni. Sekarang Alhamdulillah tak perlu menyewa dah.
Update terbaru
Transformasi rumah yang ditinggalkan 30 tahun
Selepas
Sebelum
Selepas
Sumber: Azmeer Yusof
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
8 Tip Ibu Bapa Kena Praktik Jika Mahu Elak Anak Kecil Ketagih Gajet. Serius, Lakukan Sebelum Terlambat!
Gajet daripada satu sudut dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, andai tidak dikawal ia boleh mengundang masalah.
Antaranya seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain tablet.
Perkara ini sekali gus membuktikan betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Jadi ibu bapa perlu mula mengambil langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahu pun tablet.
1. Jangan beli selagi tiada kepentingan
Jangan beli telefon atau tablet untuk anak-anak selagi tiada kepentingan untuk menggunakannya. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.
2. Jangan main game depan anak
Walau pun anda suka bermain game tapi jangan tunjukkan ‘kegilaan’ itu di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika bapa sendiri pun berjam-jam melayan game.
3. Bawa ke majlis ilmu
Mahu memberi ilmu atau pengetahuan caranya bukan semata-mata memberi gajet. Adalah lebih baik ibu bapa terus membawa anak-anak ke majlis ilmu. Ajak anak mendengar tazkirah di masjid atau surau, kem, kelas agama atau mana-mana majlis ilmu.
4. Bawa anak beriadah
Jika tidak memberi gajet, ibu bapa mesti mencari aktiviti untuk memenuhi masa anak sebagai gantinya. Ajak anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.
5. Ajak anak baca al-Quran
Daripada menghabiskan masa dengan telefon berjam-jam, hadkan masanya. Ajak pula anak baca al-Quran tapi pastikan ibu ayah turut membacanya bukan hanya menyuruh.
6. Hadkan masa menonton TV
Kesan menonton tv berlebihan sama juga dengan gajet, jadi hadkan masa menonton anak. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika berlebihan, tak elok juga.
7. Tanamkan sifat zuhud
Tanamkan dalam jiwa anak-anak sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah. Terus-terang pada anak-anak, ‘keluarga kita orang susah‘. Fahamkan anak-anak, jangan terpengaruh dengan anak-anak orang berada yang membeli telefon bimbit atau gajet yang mahal.
8. Kenalkan dengan buku ilmiah
Kenalkan anak dengan buku-buku ilmiah. Kalau boleh kurangkan mereka membaca buku kisah-kisah dongeng. Berikan mereka buku-buku ringkas sirah Nabi s.a.w. Ada banyak di pasaran. Bacakan pada mereka sehingga mereka minat. Ambil sedikit masa 10 minit sebelum tidur sebagai contoh cerita tentang Nabi s.a.w.
Sumber : tazkirah.net