Ayam goreng memang sukaan ramai. Boleh dikatakan ada yang mesti ada menu ayam goreng setiap hidangan. Jika tak ada memang tak selera lah!
Bukan itu sahaja, ayam goreng pun popular sebagai makanan fast food seperti KFC yang sedap dan rangup.
Jika nak tahu, selain beli ayam KFC, boleh je kita buat sendiri di rumah. Memang mudah nak buat.
Ikuti resipi bergambar oleh Nera Azlin melalui MAHN sehingga mendapat share tinggi sebanyak 3K share.
Ads
Nak dapatkan ayam goreng sama macam KFC boleh ikut step by step yg kt bawah ni ye, caption ada di gambar.saya CAMPUR TEPUNG BISTARI DENGAN TEPUNG PAK LONG. . Anak2 kata sama mcm sebijik ayam KFC, tak gaduh nk ke KFC dah…. kt rumah lagi sedap.. panas2 lagi.Teknik ni saya belajar masa praktikal traning kt KFC 20 tahun lalu.
Ads
Ads
rendam ayam yg dh dipotong2 dgn tepung bistari sikit… isi ayam akan lagi lembut dan rasa lebih menyerap.golek2 ayam dalam tepung kering.celup sekali lalu ayam yg baru lepas golek2 dalam tepung tu.Nampak dak tepung tu melekat2.. tepung tu la yg akan buat jadi elok, akan ada kerak2.golek ayam sekali lagi dalam tepung yg kering. maksudnya 2 kali golek la.dan goreng dalam minyak yg betul2 panas. kena pandai kawal suhu minyak… mula2 panaskan minyak betul2, dh masuk ayam slow kan sikit api dapuq… slow sikit jek jgn slow terus.Kedut mcm ayam KFC kan. Dah siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memberi kelainan menu yang ingin dihidangkan kepada keluarga, apa kata kali ini anda mencuba resipi bihun sup chinese stayle yang special ini. Menyediakannya jkuga cukup mudah dengan bahan-bahan yang ringkas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba!
Menu lunch hari ini Bihun Sup Chinese Style..tapi saya olah resepi ikut versi sendiri..menu sihat ni saya dah sertakan resepi kat setiap gambar
Step 1:
Goreng 10 ulas bawang putih yang dipotong dadu dengan minyak bijan sampai keperangan.
Step 2 :
Lebih kurang camni perang nya..jangan smpai terhangit nanti makan tak sedap.dah siap goreng transfer ke mangkuk dengan minyak-minyak bijan tu sekali ye..sebab ni kiranya kita buat minyak bawang putih
Step 3
Sebelah dapur boleh didihkan air,masukkan 1 sudu besar bawang putih yang dah siap goreng tadi sekali dengan minyak-minyak tu sikit..nak bagi aroma minyak bijan tu naik
Campak 1 kiub pati ayam then masukkan dada-dada ayam..biarkan sampai ayam betul-betul masak then keluarkan balik dada-dada ayam tu bia sejuk baru racik-racikkan.
Step 4
Sebelah dapor boleh la terus goreng tauhu telur..salut dengan tepung jagung terus goreng.
Step 5
Dada ayam yang sudah siap masak tadi boleh la dikeluarkan..masukkan crab stick biarkan kejap dalam beberapa saat sampai nampak dah masak dan lembut je terus angkat cepat-cepat kalau tak nanti terburai isi-isinya tu..asingkan letak dalam bekas nanti nak makan baru ambil.
Step 6
Lepas itu masukkan fishball dan sosej (sosej ni macam bebola juga saya pakai sosej dr.zainol (100% produk muslim dan memang sedap)..biakan mereneh sampai bebola dan sosej tu kembang
sementara tunggu bebola tu masak..boleh la buat sos kicap..bahan-bahannya.
5 batang cili padi
kicap pekat
kicap cair
1sudu kecil minyak bijan
1 biji perahan air limau nipis/kasturi
Bila bebola sudah kembang elok..terus tutup dapur masukkan sayur sawi jepun dan tutup periuk biakan sayur tu masak dengan kepanasan sup tadi
dada ayam yang dah sejuk tadi racik-racik kan halus-halus
Begini la hasilnya bila semua bahan bersatu kembali..dah letak sup kat bihun tu tabur la bawang putih goreng amek sekali dengan minyak bawang tu, ayam racik,tauhu telur,sos kicap, cili flakes,crab stick dan daun sup sikit..
Menyediakan bahan masakan lebih awal lagi menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh membuat pes dan sebagainya. Terutama buat ibu-ibu yang bekerjaya. Bila balik rumah mudah nak masak kan bila dah ada pes. Namun ada kalanya pes yang dibuat tak tahan lama, cepat pula berkulat.
Perkongsian wanita bernama Cik Ela kni bagaimana menyediakan cili boh yang tahan lama dan paling penting tidak berkulat.
Jom baca perkongsian ini.
Hai semua. Dulu saya dah pernah share cara mudah nak buat cili boh awesome ??
Resepi ciliboh awesome by styleciknur ? Bahan2 : – cili kering (pilih yg gemok pendek xpedas) – air panas mendidih (ciknur panaskan guna heater je sng) – garam kasar – minyak masak
Cara2 : 1) Gunting cili kering dan buang biji (ciinur gunting ikut suka je) 2) Rendamkan cili kering dengan air panas mendidih selama sejam (terpulang) 3) Basuh dan toskan air 4) Blend cili kering dengan minyak bersama garam kasar (segenggam) 5) Siap
*tips – lebihkan minyak (jgn guna air semasa blend) – waktu saya buat sekilo cili kering 2kg minyak (boleh agak2) – simpan bekas bertutup (nak guna cedok guna sudu bersih) *tahan berbulan2 simpan dlm chiller memang xberkulat
Belum dapat idea nak masak sajian apa hari ini? Cubalah resepi senang untuk dinikmati bersama keluarga ketika berbuka puasa.Apa kata masak ayam percik ni,...