Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang aktif dengan secara tiba-tiba menangis tanpa sebab. Tambah bimbang apabila ia berlaku waktu maghrib.
Paling mencemaskan apabila mata anak terbeliak atau meliar ke atas pada tempat yang sama.
Situasi ini dikatakan disebabkan rumah mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Selanjutnya pakar parenting, Dr Taufiq Razif berkongsi juga pengalamannya mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
“Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!”
Gambar sekadar hiasan
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi – jadi taknak menyusu langsung – muntah-muntah – penafasan laju – sawan – perut kembung – tak berak dan tak kencing – cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Gambaran waktu senja- Gambar sekadar hiasan
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
Ads
1. Menangis pada waktu senja 2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup 3. Anak normal dan takde sakit apa-apa 4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Sememangnya rata-rata mengetahui kelebihan bulan ramadan, bulan yang cukup mulia dan sesuai untuk kita tambah amalan kebaikan.
Berkongsi di Insta story senarai ibadah yang boleh dibuat sepanjang bulan ramadan ini, pelakon jelita, Nora Danish turut tidak melepaskan peluang untuk mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.
Malah, pelakon yang wajahya tidak dimamah usia itu turut berkongsi cara untuk mengira zakat bagi yang ada tanggungjawab dalam melaksanakan rukun Islam ke-4 itu.
Selain dari perkongsian tentang ibadah yang dilakukan, perkara lain yang menjadi perhatian orang ramai apabila Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tampil manis dengan imej berhijab di bulan yang mulia ini.
Perkara itu boleh dikihat dalam entri terbarunya yang memakai busana serba putih yang dipercayai bagi meraikan sebuah majlis ahli keluarga terdekat.
Turut kelihatan suaminya, Nedim Nazri yang juga memakai serba putih dan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim kelihatan segak mengenakan serban Arab.
“Pagi yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Bismillah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Nora memakai tudung berwarna putih itu.
Malah, mereka turut mendoakan agar aktres berusia 41 tahun itu mendapat hidayah untuk berhijab dan kekal istiqamah tanpa mengharapkan bulan Ramadhan sahaja.
Sekadar info, Nora pernah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak sempat untuk khatam Al-Quran kerana sibuk menyelesaikan banyak urusan termasuklah berpindah ke rumah baharu.
Sumber: Instagram @noradanish
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu tunggal bukan gelaran yang mudah untuk dipikul, apatah lagi dalam membesarkan anak-anak dalam dunia yang serba mencabar sekarang. Ianya tanggungjawab yang sangat besar dan pelakon terkenal, Rita Rudaini membuktikan dirinya kuat dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.
Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan dia menyambut ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang ke 14 tahun di rumah. Pada awal video, dapat dilihat adik kepada Rayyan iaitu Qaqa membawa sepotong kek yang sudah dinyalakan dengan sebatang lilin menuju ke arah abangnya itu.
Sederhana dan simple, itu yang dikatakan oleh warganet setelah melihat gelagat dua beradik ini. Rayyan juga membacakan doa sebelum meniup lilin keknya itu. Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung ada anak-anak yang baik dan soleh sebegini.
Rayyan dan Qaqa anak-anak yang selalu memberikan kekuatan untuk Rita terus berjuang dan memastikan mereka menjadi insan yang baik dan berakhlak mulia. Adik dan abang ini juga menjadi saksi kekuatan seorang ibu dan mereka membalas segala peng0rbanan Rita dengan kejayaan demi kejayaan dalam pelajaran.
Sehingga kini, perkongsian oleh Rita ini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Seronok warganet melihat kehidupan Rita dan anak-anak bujangnya ini.
Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil pada 2008 dan bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua Cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Alangkah bahagia hati isteri bila mendapat pemberian hadiah daripada suami sebagai tanda kasih di hari lahir. Pastinya ianya akan dikenang dan menjadi antara momen terindah.
Menerusi facebook Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar serta ucapan romantis sempena hari lahir isteri tercinta. Perkongsian gambar tersebut, menunjukkan isterinya menerima jambangan bunga, kek belon serta hadiah istimewa berupa barangan kemas Cartier.
Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta
Selamat hari lahir bidadariku. Sorry sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buatnya. Terima kasih. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat.
Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-Allah. Terima kasih Allah.
Sorry ya sayang. Jawab bidadari saya, takpe abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
Selamat hari lahir bidadariku. I love you.
Meninjau di ruangan komen rata-rata mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat isteri ustaz Ebit Lew dan mendoakan agar kekal hidup bahagia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.