Setiap kali kita mula hendak menanam pokok di halaman rumah, mesti secara automatiknya kita mengharapkan tanaman tersebut dapat hidup sihat dan subur. Oleh itu, untuk mengoptimalkan kesuburan dan mengelakkan pokok yang ditanam diserang serangga perosak ada caranya.
Paling mudah dengan menyediakan bahan-bahan yang boleh didadapati dari dapur anda sendiri. Jangan tidak percaya! Apa yang lebih menarik ianya lebih bersifat organik dan paling penting selamat untuk kita dan berkesan melawan serangga perosak.
Jika ini tidak dikawal, tumbuhan yang kita tanam akan mati. Oleh itu, ada baiknya kita pelajari resipi untuk menyediakan racun organik tersebut. Tidak susah mana pun dan menjimatkan!
Bahan-bahan
5 liter Air kosong
1kg bawang putih
1kg lengkuas
500g halia
500g kunyit
500g serai
2 sudu serbuk lada putih
Langkah 1: Semua Bahan dikisar.
Langkah 2 : Rebus dalam 5 liter air sehingga mendidih.
Langkah 3: Sejukkan dan tapis.
Penggunaan
20ml /1 liter air
Sembur pada pokok
sumber : Mohd Fadzil Amri Ahmad Via KGTTS