
Suami selalunya kalah dengan orang yang dicintainya. Sekali isterinya yang dicintai kenyitkan mata atau membelai manjanya, terus lemah-longlai kaki mereka. Selain itu, isteri juga boleh kejutan dengan memberikan hadiah kepada suami. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
Buktinya memang dah ada! Qaabila Deena Amir, Isteri pelakon terkenal, Saharul Ridzwan jumaat lalu telah memberi kejutan kepada Saharul dengan memberi hadiah motorsikal berkuasa tinggi. Pandai isteri Saharul pikat hati suami.
Sweetnya pasangan ni
Saharul melahirkan rasa syukur dengan pemberian isteri tercinta. Sempat berseloroh katanya, “Lepas ni senang nak pergi beli barang dapur kan?”.
Sementara peminatnya memberikan ucapan sempena harijadinya dan mendoakan pasangan serasi ini bahagia ke akhir hayat.
Sumber: Instagram saharulridzwan
“Anak Awak Ke?” Suami Isteri Ini Luah Syukur Dikurniakan Dua Anak Perempuan Albino.

“Anak Awak Ke?” Suami Isteri Ini Luah Syukur Dikurniakan Dua Anak Perempuan Albino.
Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling mengembirakan.
Hakikatnya anak itu adalah anugerah terindah buat ibu ayah. Tular satu video di laman TikTok yang dikongsi oleh eyqa_razak telah meraih perhatian ramai.
Mana taknya, dua orang anaknya seakan ‘mat saleh’ telah membuatlan warganet teruja. Siapa sangka rupanya anak-anak comel itu dilahirkan sebagai albino.
Perwatakan anak albino seperti berkulit putih, bermata kelabu serta rambut perang sudah membuatkan ramai tertanya-tanya lebih-lebih lagi keadaan fizikal normal seperti kanak-kanak lain.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Melihat anak-anaknya bagaikan ‘mat saleh’, suami isteri ini sering diajukan soalan adakah anak-anaknya kacukan Inggeris. Lebih mengejutkan pasangan ini menjelaskan bahawa keluarga kedua belah pasangan tidak mempunyai keturunan albino.
Seterusnya ikuti video berdurasi 39 saat ini yang telah meraih tontonan sebanyak 2.6 juta.
Watch on TikTok
TIDAK SANGKA DIKURNIAKAN DUA ZURIAT ALBINO
Pasangan ini juga tidak menyangka, selepas kelahiran anak sulung, mereka dikurniakan seorang lagi anak yang mempunyai ciri yang sama.
Meluahkan rasa syukur dikurnikan zuriat yang sihat, pasangan suami isteri menerima keistimewaan anaknya.
COMELNYA, RAMBUT WARNA KEEMASAN
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji anak istimewa ini. Ramai yang suka melihat adik beradik ini bagaikan anak ‘mat saleh’. Antara komen adalah seperti berikut.
“Albino cantik tau. Walaupun org cakap tu kekurangan tapi saya suka tengok orang-orang albino. cantik.”
“Comelnye. Allah SWT tu Maha Adil kan.. Dia bg adik sama mcm kakak.. jd kakak xde la rasa diri dia lain dar iadik… Semoga ke2 nya membesar dengan baik.”
“Semua macam anak orang putih. Rezeki tu.”
“Subhanallah comelnya anak albino. Rambut keemasan, semoga membesar dgn sihat cergas sepanjang hari aammin.”
Sumber: eyqa_razak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Perjalanan Yang Best, Santai-Santai Je, No Pressure” Berjaya Diet 100 Hari Je, Super Wow!

Pastinya ramai ibu-ibu diluar sana mahu kurus seperti wanita ini. Siapa tidak mahu tampil kurus, turun sebanyak 16kg dalam masa hanya 100 hari sahaja.
Ibu anak tiga ini, Nor Azwana merupakan Ummi si kucing Jep yang cukup dikenali semua orang. Jika dulu Ummi tampil sedikit berisi, kini Ummi bagaikan anak dara.
Hebatnya kerana Ummi tidak langsung menggunakan sebarang produk kurus tetapi menjaga pemakanan sahaja. Eat clean katanya. Perkongsiannya di album fat to fit journey miliknya mendapat perkongsian ribuan pengikut. Hebat!
Bagi ibu-ibu yang turut sama nak berdiet bolehlah tiru pemakanan sihat Ummi ni. Memang hebat!
Hari ini genap 100 hari Ummi berdiet. Akan diteruskan mungkin sehingga hari ke 1000, siapa tahu. Perjalanan yang sangat best, santai santai aje, no pressure melainkan pressure cooker. Buat rebus keledek.
Disebabkan Ummi dulu-dulu naik semangat (terbakor,tersentap, terinspirasi) bila tengok gambar before after orang lain, jadi nya Ummi nak sebarkan semangat bagi ibu-ibu dan belum lagi ibu untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik dan sihat. Insyaallah.

Tips dia mudah saja. Malahan tips-tip ini banyak didapati dalam majalah dan internet. Ibarat nya, semua orang pun tahu.
Jom gais! apa tunggu lagi. 3 bulan lost 16kg..
1) Tak minum/makan manis (gula)
2) Tak makan selepas jam 8 malam
3) Banyakkan sayur dan buah-buahan
4) Sukatan nasi 1/2 cawan kadang-kadang 3/4
5) 70-80% eat clean (rebus , bakar, panggang, kukus, tiada process food)
6) Exercise kadang-kadang
Air manis & makanan manis tak ambil, Ada la average seminggu sekali sebagai cheatday..
So ini lah album nya. Maybe ada yang nak tengok apa ummi makan..
Cuba try.. insyaallah memang jadi.
Berikut merupakan perkongsian jenis-jenis makanan eat clean yang disediakan Ummi setiap hari. Jom kita tiru!
Sarapan ummi pagi ni.
oat pancake
1/2 cup oat (rendam dalam air panas 2 min)
1 bj telur
1/4 cup susu segar (optional)
Secubit garam
Makan dengan (ikut selera anda)
1 biji pisang saiz sederhana (tabur-tabur chia seed)
2-3 biji strawberry
1 biji kurma
1 sudu homemade peanut butter
Kata Ummi kena dulukan buah dan sayur. Nasi jangan banyak, cukup 1/2 cawan je kalau teringin nak makan nasi.
Yang bestnya makan durian pun boleh tau tapi jangan lah lupa diri. Cukup 3-4 ulas dah le.
Saje nak bagitau ni, fakta pasal durian.
*Kalori dalam seulas durian tak tinggi mana dalam 50kcal
*bebas kolestrol
*bernutrisi mcm vit c, antioxidant, calcium n mcm2 lagi
*seulas mngandungi 1-2gram lemak.. tp lemak baik bukan lemak trans
*kandungan gula dalam seulas adalah +-10gram.. kalau 2-3 ulas masih rendah dari setin air gas..
jadi..boleh je nak makan.. jangan lah banyak-banyak, 2 hingga 4 ulas ok la.





Kredit: Nor Azwana Ummi Jep
Isu Tekup Kek, Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum ‘Prank’ Melampau “Macam Orang Hilang Akal”

Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.
Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.
“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.
Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.
Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.
“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.
Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.
Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.
Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus