Rumahtangga bukan tempat untuk menabur janji, bukan tempat untuk berlagak pandai dan bukan tempat untuk mengambil kesempatan. Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.
6 Perkara Kena Buang Dalam Rumahtangga
Suami Isteri buanglah :
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Ads
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Ads
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Ads
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Mohd Fhais
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
[su_quote]Sepatutnya bila hujung minggu adalah hari berehat untuk ibu-ibu yang bekerja. Namun hakikatnya, hujung minggu adalah merupakan hari untuk menyingsing lengan. [/su_quote]
Begitulah kebiasaannya, pada hari Sabtu dan Ahad adalah hari di mana seorang ibu akan mengemas rumah, membasuh dan melipat kain, memasak dan pelbagai lagi tugas lain dilakukan dari awal subuh hingga malam hari. Tidak siap-siap kerja yang dilakukannya. Ada sahaja yang harus dibuat.
Bagi meringankan beban kerja di hujung minggu, sebenarnya ada caranya. Nak tahu bagaimana? Buatlah jadual kerja harian untuk seminggu.Cara ini pastinya hujung minggu anda akan menjadi lebih relaks dan membahagiakan!
Isnin
Hanya buat pembersihan major untuk tandas sahaja. Jika waktu pagi tidak sempat pastikan anda lakukan sebelum tidur.
Selasa
Jadikan hari membersihkan habuk, peruntukkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk melakukan tugas-tugas ini.
Rabu
Hari ini pula dikhaskan untuk melakukan tugas vacuum. Sebaiknya buatlah awal pagi sebelum anda mandi. Tidak memakan masa yang lama pun.
Khamis
Kali ini buat tugas mop lantai. Sama juga sebaiknya lakukan awal pagi sebelum mandi untuk bersiap ke tempat kerja.
Jumaat
Bersihkan ruang dapur sambil-sambil itu bolehlah buat sarapan ringkas untuk di bawa ke pejabat.
Sabtu & Ahad
Tidak perlulah tumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas membersihkan rumah. Mungkin hanya berikan sedikit tumpuan pada ruang bilik dan melipat pakaian sahaja. Selebihnya anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada sesetengah wanita sanggup memakai barangan berjenama tiruan untuk kelihatan menarik dan trendy. Bukan hanya orang biasa, bahkan ramia juga artis masa kini yang tampil dengan barangan jenama yang kononnya tulen, sedangkan ia fake semata-mata.
Melihatkan gaya dan penampilannya yang selalu up to date, busana dari jenama yang mewah termasuklah aksesori lain membuatkan dia menjadi idola dan ikutan wanita lain di luar sana.
Tidak menyokong, jauh sekali mengutuk mereka yang memakai barangan tiruan, namun Neelofa ada pesanan khas buat golongan ini.
“Saya tak menyokong penggunaan barangan tiruan tetapi pada saya tidak perlu guna pendekatan yang kasar untuk mendedahkan hal tersebut. Dalam hal ini, semua pihak harus membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Ini membabitkan banyak pihak selain hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.
“Saya sendiri memiliki bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini. Namun disebabkan Naelofar Hijab mengeluarkan pelbagai koleksi menyebabkan pengeluar tiruan tidak sempat untuk update pengeluaran terkini. Walau apapun, salah tetap salah dan kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh.
“Kerana itu saya selalu tekankan pada diri sendiri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.
“Jika saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.
“Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa baru sahaja berkolaborasi dengan pihak Starbucks menerusi kempen khidmat masyarakat My Cup of Kindness baru-baru ini.
Menerusi program ini, setiap 50 sen dari setiap cawan pembelian minuman ‘summer beverages’ berperisa ‘apricot peach’ dan ‘ruby grape’ akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan Neelofa.
Tampil manis berpakaian seorang Barista dengan apron hijau, Neelofa yang membuat sendiri dua jenis minuman tersebut mengakui cukup teruja dan gembira dipilih oleh pihak Satrbuck dalam program CSR berkenaan.
“Kopi bukanlah kegemaran saya, sebaliknya saya lebih suka minuman yang lebih kepada Jus. Jadi pihak Starbuck memilih Aprikot Peach dan Ruby Grape. Jadi saya rasakan pilihan ini memang sesuai kerana sekarang musim panas,”ujar Neelofa yang turut menggemari Frappucino Chocolate Chip sejak dahulu lagi.
Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dugaan.
Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kencaman netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.
Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang sebak netizen.
Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.
“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’
Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.
‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik 👩👦👦’
Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
NIK NAJWA
dapat didik anak kenal Allah dan quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yg palinggg besar.
Bunga Tanjung
aku tabik rita mcm2 dugaan dn hinaan dia dpt..tp alhamdullilah tgk sekarang allah bg kt dia..pada yg dok mgata dia dulu cek balik diri ampa sekarang😁
northladies
Even kak rita gagal dlm perkahwinan tp dia xgagal didik anak² dia. Alhamdulillah🥰
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.