Buah betik yang mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat.
Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan kita.
Selain beli di kedai, kita boleh juga menanam buah betik. Nak pastikan pokok betik menjadi bila nak tanam, ikuti petua wanita ini untuk memastikan pokok betik menjadi bila dah tanam.
Rupanya ada benih jantan dan betina.
Untuk yang belum tahu.
Cara saya nak semai anak betik, biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan. Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai.
Itu biji betik yang akan mengeluarkan buah yg betina, yang bewarna pudar hitam tu pokok betik jantan tak akan mengeluarkan buah, hanya bunga sahaja.
Sumber: Juraida Hamzah
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club