Patutlah Sedap & Ramai Suka Biskut Chocolate Chip Almond Cookies Ni, Guna Resipi Sama Sejak 30 Tahun

Share

Patutlah sedap, rupanya wanita ni menggunakan resipi yang sama selama 30 tahun untuk buat biskutresip ‘Chocolate Chip Almond Cookies’.

Tengok pun dah tahu sedap, rangup dan mudah nak buat. Mak-mak boleh cuba buat untuk raya nanti.

Ini adalah resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali. 

Salam Ramadhan kepada semua.

Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.

Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies.

Bahan-bahan:

250gm butter

140gm gula kastor

120gm Gula perang

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

370gm tepung gandum biasa

1 sudu teh bicarbonate soda

1 sudu teh garam

200gm nibbed almonds

400gm chocolate chips

Cara membuat:

1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.

2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.

3. Masukkan esen vanilla.

4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.

5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.

6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.

7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.

Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.

8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.

9. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.

Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.

Semoga bermanfaat.


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club