Patutlah Sedap Nak Buat Kek Coklat Mousse. Ini Resipinya.

Share

Apabila teringin nak makan kek coklat, sudah pasti, kedai kek jadi pilihan. Paling best kalau dapat kek jenis moist.

Jika nak beli tentu agak mahal. Apa kata buat sendiri di rumah.
Jom cuba resipi ni oleh Asma Hatta melalui MAHN

Kek coklat mousse…favourite anak2…ada balance lagi sikit… Cukup buat desert anak2 lps lunch… Bukan saja senang nak buat tapi sangat sedap.

Patutlah Sedap Nak Buat Kek Coklat Mousse.

Update resepi:

Kek Coklat Mousse

🍰Kek coklat moist
(Sy buat 1/2 adunan shj )

Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula kasar… Nk guna 3/4 shj pun boleh..
1 cwn minyak masak nk lg sedap guna myk jagung
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
Cara2:
🌷Masak atas api perlahan 5 minit atau sehingga gula hancur dan semua bahan sebati..ketepikan..

Bahan B
1 cwn tpg gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
🌷Ayak semua bahan di atas.

Bahan C
4 biji telur gred A – blend sekejap sampai nampak kembang… Saya nak cepat whisk aje .

Next… Masukkan Bahan B berselang seli dgn Bahan C ke dalam Bahan A. Kacau sebati.. Guna whisk je… Senang…. Grease dan lapik loyang 8 @9 inci. Kukus selama 1 jam atau sampai masak. Sebelum kukus tutup adunan dengan plastik cling wrap tu… Air tak masuk… Guna api besar ya tapi jgn la besar sgt  sy guna steamer trio hihi nak senang…

🍰Mousse coklat
Bahan2
60gm Coklat masakan.. Sy guna dark beryls
200gm non dairy whipping cream

🌷Cara2
Double boil coklat… Ketepikan
Putar cream sampai soft peak maknanya LEMBUT shj.. Jgn stiff peak nnt mousse rasa kasar.
Masukkan coklat cair… Terus putar sekejap… Agak2 dah boleh lepa stop.

Kek dah sejuk boleh la potong, layer dan lepa ikut kesukaan masing2. Kemudian tuang coklat ganache atas kek. Sejukkan sekejap… siap. Coklat ganache boleh pakai mana2 resepi sbb saya buat main agak2 aje . Ok, selamat mencuba
🌸 Perhatian :
1 adunan kek= 2 adunan mousse
Kek coklat moist boleh pakai
mana2 resepi. Credit resepi asal
kek Pn. Munira Baharom.