Lauk kari mamak antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja dapat makan diluar, menu ini boleh di masak sendiri di rumah.
Ikuti perkongsian oleh Nourhayaty Mat Saat melalui MAHN
Resepi Kari Mamak Ikan Tenggiri.
Perghhh..sedap sangat. Dulu suami tak suka sekarang dah jadi menu peberet.
Bahan-bahannya:
1.5 kg Ikan tenggiri
4 labu bawang merah bombay dimayang halus
5 ulas bawang puteh dimayang halus
1 inci halia dimayang
2 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 setengah sudu besar halba campur
4 tangkai daun kari
100 gm kari ikan babas
30 gm serbuk cili babas
(kari dan serbuk cili di gaul ngan air bersama)
1 sudu besar asam jawa
Kalau santan pekat 200 gm.
Sedikit minyak untuk menumis.
Sayur tomato, cili besar hijau atau merah
Bendi atau terung bulat
Sedikit gula dan garam.
Cara-caranya :
Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia, bawang yang dimayang. Dah agak kuning masukkan pes kari dan serbuk cili. Dah masak agak pecah minyak dan merah boleh masukkan santan cair. Tak nak guna santan boleh juga guna susu cair.
Masukkan daun kari, asam jawa, garam dan gula. Daun kari boleh juga tumis terlebih awal bersama bawang tadi.
Dah nampak mendidih, boleh masukkan ikan. Kacau perlahan.Ambik periuk lain rebus air terlebih dahulu. Kemudian celur terung bulat kejapan. Air yang mendidih tu helok potong hujung dan tangkai bendi, terus campak dalam periuk rebusan tu.
Masukkan bendi, terung bulat yang dah dicelur, tomato dan cili besar. Siappp.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba!