Sebut sahaja nama Syahmi Sazli, pasti akan terbayang gelagat mencuit hati Asif dan juga Yoe yang berlakon di bawah produksi youtuber ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila menonton video drama spontan oleh mereka.

Semalam,  Syahmi Sazli memuat naik satu perkongsian dan bercerita keterujaan apabila berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu pelawak dan penyampai radio Era iaitu Johan bersama isterinya Ozlynn Wati.

“Patutlah Rezeki Mereka Murah. Sangat Baik & Pemurah” – Kongsi Momen Jumpa Johan, Syahmi Sazli Teruja, Siap Dapat Hadiah Lagi!

Menerusi satu posting tersebut, Syahmi turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan antara mereka di sebuah restoran. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah Yoe dan Asif.

“Dari dulu memang minat betul dengan Johan, Alhamdulillah hari ini dapat makan tengah hari sekali.

IKLAN

“Mereka pun sangat baik dan pemurah beli hadiah untuk Asif, Yoe serta isteri dan anak saya.

“Patutlah rezeki mereka murah. Moga abang Johan dan kakak Ozlynn sentiasa dalam rahmat Ilahi,” katanya.

“Patutlah Rezeki Mereka Murah. Sangat Baik & Pemurah” – Kongsi Momen Jumpa Johan, Syahmi Sazli Teruja, Siap Dapat Hadiah Lagi!

IKLAN

Sementara itu Johan dan Ozlynn yang berkongsi akaun Intstagram itu turut membalas komen pada posting tersebut.

SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar segala puji bg Allah.. rezeki Allah bg lebih juga satu ujian buat kami.. Allah nk tgk adakah kita kongsi.. demo bg oghe happy.. x tahu nak balas guano.. nih je la yg mampu..

Moga kita semua dpt bg manfaat pada org lain.. dan di berikan kesihatan yg baik, di bekalkan idea yg bagus, dan di dekatkan dgn org2 yg beriman.. aamiinn.. mekasih mi utk peluang nih.. jumpa lg nnt bila dtg kl..

IKLAN

Sumber: IG syahmisazli

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI