Sebut sahaja nama Syahmi Sazli, pasti akan terbayang gelagat mencuit hati Asif dan juga Yoe yang berlakon di bawah produksi youtuber ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila menonton video drama spontan oleh mereka.
Semalam, Syahmi Sazli memuat naik satu perkongsian dan bercerita keterujaan apabila berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu pelawak dan penyampai radio Era iaitu Johan bersama isterinya Ozlynn Wati.
Menerusi satu posting tersebut, Syahmi turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan antara mereka di sebuah restoran. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah Yoe dan Asif.
“Dari dulu memang minat betul dengan Johan, Alhamdulillah hari ini dapat makan tengah hari sekali.
Ads
“Mereka pun sangat baik dan pemurah beli hadiah untuk Asif, Yoe serta isteri dan anak saya.
“Patutlah rezeki mereka murah. Moga abang Johan dan kakak Ozlynn sentiasa dalam rahmat Ilahi,” katanya.
Ads
Sementara itu Johan dan Ozlynn yang berkongsi akaun Intstagram itu turut membalas komen pada posting tersebut.
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar segala puji bg Allah.. rezeki Allah bg lebih juga satu ujian buat kami.. Allah nk tgk adakah kita kongsi.. demo bg oghe happy.. x tahu nak balas guano.. nih je la yg mampu..
Moga kita semua dpt bg manfaat pada org lain.. dan di berikan kesihatan yg baik, di bekalkan idea yg bagus, dan di dekatkan dgn org2 yg beriman.. aamiinn.. mekasih mi utk peluang nih.. jumpa lg nnt bila dtg kl..
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan penahanan sepasang suami isteri yang didakwa memukul anak mereka kerana enggan solat. Susulan daripada itu, anak-anak dipisahkan daripada pasangan ini dan diletakkan di bawah jagaan pihak lain. Malah, kes ini turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Terbaru, sepasang suami isteri menerima nasib yang sama selepas anak mereka mengadu keletihan berpuasa kepada guru dan akhirnya pasangan ini ditahan manakala anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga lain.
Kisah pasangan ini turut mendapat liputan seperti yang disiarkan menerusi Harian Metro yang berkesempatan mendapatkan maklum balas dari keluarga pasangan ini.
“ALONG hanya boleh jumpa anak-anaknya sebulan sekali. Itu pun hanya tiga jam sekali jumpa. Sudah pasti Along sangat rindukan mereka. Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Hasrol merupakan adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.
Hasrol berkata, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam).
“Mungkin gurunya fikir dia didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak dan siasatan dijalankan.
“Seorang lagi anak Along beritahu dia pernah dipukul, namun polis yang memeriksa kediamannya langsung tidak menemui rotan atau sebarang bukti yang boleh mendakwanya.
“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan sepanjang tempoh itu, semua anak-anak Along dipisahkan daripadanya dan kini di bawah jagaan tiga keluarga bukan Islam di sana,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Hasrol, abang sulung yang dipanggil Along ada memberitahu mereka sukar untuk menang dalam kes itu menyebabkan mereka sekeluarga bertambah risau.
Lebih risau adalah ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat.
“Mak dan ayah rindukan cucu-cucu mereka,” katanya.
Menurut Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.
“Kami sangat kenal Along dan Kak Long, mereka orang yang lembut. Cuma mereka memang tekankan soal agama pada anak-anak.
“Katanya, setiap kali bertemu, anak-anaknya akan memeluk mereka dan menangis memberitahu mahu pulang tinggal semula dengan mereka. Mereka sudah faham apa rasanya berjauhan dengan ibu bapa,” katanya.
Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Kisah keluarga ini dimuat naik sebelum ini menerusi laman facebook MunieAsrol Muhamad yang berkongsi kisah suami isteri ini yang dipisahkan daripada anak-anak sejak Mei lalu.
Dia yang merupakan adik kepada Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan memberitahu, abangnya dan isteri, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti ini. Memiliki pengikut sendiri di laman media sosial, mereka juga dikurniakan anak yang comel dan bijak. Tidak hairanlah setiap kali berkongsi gambar mahupun video, pasti menjadi tumpuan peminat.
Terbaru, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha memuat naik perkongsian anak bongsunya, Alisa Aisyah. Menerusi video tersebut, ternyata adik kesayangan Yusuf Iskandar kini sudah pandai membaca surah lazim iaitu Al-Fatihah sehingga mencuri perhatian netizen.
Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid berkongsivideo memperlihatkan aksi Alisa yang berusia 9 bulan membaca surah Al-Fatihah dengan bantuannya.
“Alisa cuba belajar Al-Fatihah. Tengok @thealisaaisyah, bila dengar mommy suruh abang baca, baru dia pantas. Our cheeky little 1 year and 9 months old baby,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.
Video yang berdurasi 1 minit lebih itu memperlihatkan Alisa sedang duduk di bawah meja sambil membaca surah dengan bantuan ibunya.
Biarpun pelat dan bacaannya masih belum lancar, Alisa tetap membaca surah tersebut dan tersenyum gembira selepas berjaya menghabiskannya.
Perkongsian itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji cara Hanid dan Hairul dalam mendidik anak-anak mereka.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.