Patutlah Rezeki Makin Sempit, Rupanya Dari Diri Sendiri. Padu Perkongsian Ini.

Share

Sudah tentu semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dengan menjalani kehidupan yang sempurna di samping pasangan dan anak-anak. Menyediakan persekitaran hidup yang selesa kepada keluarga adalah impian semua orang termasuk rumah, kenderaan dan tiada masalah kewangan.

Bagaimanapun, setelah berpuluh tahun berkerja, kehidupan masih ditahap sama. Rezeki dirasakan makin sempit. Masih mendata tetapi anak makin bertambah begitu juga keperluan kewangan. Sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.

Tidan nafikan semua orang ingin berjaya dan bebas masalah kewangan. Tetapi mungkin belum mendapat ‘kunci’ kejayaan itu. Perkongsian di laman facebook oleh saudara Mazhair Shahroz Muhasip boleh dijadikan inspirasi untuk muhasabah diri bahawa ia mungkin punca dari dari sendiri tanpa kita sedar. Ikuti perkongsiannya.

DIRI KITA ADALAH PUNCA KITA MASIH MISKIN

Inilah 5 hal yang membuatkan kita masih miskin.

1. Banyak salahkan orang lain berbanding mencari kesalahan sendiri untuk diperbaiki.

2. Hidup asyik mengeluh. Tidak pernah berfikir untuk mencari solusi.

3. Duduk bergaul dengan hanya orang negatif. Mereka pantang jika ada orang positif dan tidak sekepala dengan mereka menjadi sebahagian daripada circle mereka.

4. Apabila ada orang lain memberikan solusi positif, kerjanya adalah mengkritik, mengecam dan mengentam solusi dan idea orang tersebut.

5. Salahkan takdir tanpa pernah berusaha.

Nota: Orang berjaya dan orang yang menjadi kaya adalah apabila mereka sendiri berusaha untuk memperbaiki taraf kewangan mereka tanpa mengharap pada orang lain. Mereka fokus untuk tambah nilai dalam diri. Mereka tidak salahkan orang lain dan mereka tidak mengeluh. Mereka cekal dan tabah menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang mendatang. Setelah sudah buat sehabis baik, mereka bertawakal. Inilah winner sebenar. Inilah orang berjaya. Inilah orang kaya.

 

Sungguh inspirasi perkongsian ini.Moga ia menjadi motivasi buat diri untuk menggalas tanggungjawab membahagiakan keluarga.