Sinomin apabila bertandang di majlis perkahwinan, pasti akan terhidang air sirap. Dari dulu hingga kini, minuman ini pasti menjadi pilihan tuan rumah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Walaupun nampak simple, tapi air sirap yang dihidangkan pada majlis perkahwinan ini ‘kaw’ betul. Lain rasanya dengan yang kita buat sendiri di rumah.
Nak tahu ape rahsianya. Ikuti perkongsian dari wanita ini. Resipi Air Sirap Maksu
Jika anda sekeluarga memang peminat kek pisang, tentu teruja untuk mencuba resipi yang satu ini iaitu Kek Pisang Coklat.
Kek pisang coklat ni boleh dijadikan menu pemanis mulut yang paling simple namun enak untuk dihidangkan kepada keluarga. Paling best jika dapat makan panas-panas selepas dimasak, bahkan bila dibiarkan keesokan hari sekali pun kek kekal gebu dan moist.
Apa yang lebih menariknya lagi, resipi Kek Pisang Coklat ini dimasak tanpa menggunakan oven. Jadi mudah untuk anda yang tiada oven di rumah, bolehlah menyediakan kek ini yang dimasak secara kukus sahaja.
Tidak itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan juga hanya menggunakan sukatan cawan. Jadi tidak perlu rungsing bab sukatan matrik yang memerlukan penimbang dan sebagainya. Mudah sangat!
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati seisi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat atau juga lebih mesra disapa Cikza di media sosial.
Kek Pisang Coklat Versi Kukus
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
esen vanilla
Cara Buat :
Tepung gandum,soda, baking powder diayak.
Telur, gula, minyak dan esen vanila diblander masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yang di ayak tadi.
Kaup balik bagi sekata.
Sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan yang satu adunalan lagi warna asal.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bila tengok sambal hitam memang sedap jika makan dengan nasi panas-panas. Nak buatnya memang susah. Kena masak dalam tempoh yang lama.
Bagi yang teringin nak makan sambal hitam ni apa kata, cuba resipi puan Aida Husin di yang kongsi laman Nak Masak Apa Hari Ni.
Ikuti perkongsiannya
Sambal Itam Express PADU
Resepi original kena masak belimbing tu berejam jam kan.Sebab tetiber teringin nak makan masa dinner so Aida belasah jerr buat style express.Memasak tu kan seni.
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar + bawang kecik + bawang putih + cili api + belimbing + cili flakes PADU
PENYEDIAAN MEMANG MUDAH.
Campak ja dalam blender dan blend.
Lepas tu tumis la bahan blend.
Sambil tu goreng la ikan bilis sampai rangup dan tumbuk jerr guna lesung tapi tak hancur sangat.
Campak garam + kicap + sos tiram + perasa.
Dah cukup masak.Masuk kan je la ikan bilis tadi.
RUJUK GAMBAR
Siap!
Jangan compare dengan original tau
Ni untuk mak mak yang nak cepat macam Aida .
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua antara kita tahu mengayam ketupat palas, ada teknik dan skilnya yang tersendiri.
Berkongsi pengalaman membuat ketupat palas ini oleh Syazwani, rupanya kalau silap step membalut ketupat pulut palas ini ia boleh jadi ketupat betina. Bagaimana rupanya ketupat tersebut?
Jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Ketupat palas ni bak kata tok aku,warisan tradisi orang utara..wajib pandai tanak pulut,perasing daun palas,balut ketupat ikut ira daun jangan sampai jadi ketupat betina.
Dulu-dulu punya cerita,umur belasan gigih nak belajaq balut ketupat sekali jadi ketupat betina haaa(macam ketupat abah aku buat)dah kena gelak..bertaun aku berenti.
Lepas tu bila tok sendiri ajaq,sekali ja boleh hadam sampai la sekarang alhamdulillah tq tok jam.
Dah siap untuk di frozenkan 3kg malam ni..ada lagi 2 kg untuk umah tok hahaha lusa pulak sambung..ngantok da terlebih ot mlm ni(sejenis yang tidoq awai).
Siapa yang tak suka bila rumah sentiasa wangi dan nyaman? Bau yang harum bukan saja buat kita lebih tenang, tapi juga tinggalkan kesan positif untuk penghuni dan tetamu.