Patut la ramai yang duk viral Daun Mulberi Celup Tepung ni. Sedap rupanya. Krup krap krup krap anak makan. Dah macam makan keropok keping. Kalau nak buat, sure tak menyesal lah. Khasiat pun banyak daun mulberi ni.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba sendiri akan keenakan dan khasiat daun ini, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah, sukatan tepung sama banyak.
Bahan-bahan
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil serbuk kari (suka hati nak kari ayam daging ke, ikan ke) nak bagi rasa spicy skit.
* secubit serbuk lada putih & garam
* air suam
Cara membuat:
Bancuh agak² tak pekat, tak cair. Celup daun,dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
Sedia untuk dimakan.
Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
.
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
.
Rugi sangat-sangat kalau tak cuba. Banyak betul khasiatnya.
Kredit : sumaiyah abdullah