Patut la ramai yang duk viral Daun Mulberi Celup Tepung ni. Sedap rupanya. Krup krap krup krap anak makan. Dah macam makan keropok keping. Kalau nak buat, sure tak menyesal lah. Khasiat pun banyak daun mulberi ni.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba sendiri akan keenakan dan khasiat daun ini, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah, sukatan tepung sama banyak.
Bahan-bahan
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil serbuk kari (suka hati nak kari ayam daging ke, ikan ke) nak bagi rasa spicy skit.
* secubit serbuk lada putih & garam
* air suam
Ads
Cara membuat:
Bancuh agak² tak pekat, tak cair. Celup daun,dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
Ads
Sedia untuk dimakan.
Ads
Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
.
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
.
Rugi sangat-sangat kalau tak cuba. Banyak betul khasiatnya.
Kredit : sumaiyah abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebanyakkan orang perempuan memanglah hendak cantik dan cantik itu pula biasanya dikaitkan mesti mempunyai kulit wajah yang putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, tidak semua orang perempuan mempunyai kulit wajah yang diimpikan. Lantas cara paling pantas dan mudah yang difikirkan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C.
Tapi tahukan anda, sebenarnya suntikan yang diambil itu mempunyai banyak kesan buruk dan boleh menjejaskan kesihatan.
Takkan lah kita nak nampak cantik tapi akhirnya terpaksa ‘menggadai’ nyawa sendiri akibat menanggung pelbagai penyakit merbahaya.
sumber Giphy
Ifa tidak lagi ambil suntikan vitamin C
Kuala Lumpur: Bimbang kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya, penyanyi dangdut, Ifa Raziah, bertindak berhenti mengambil suntikan Vitamin C, beberapa tahun lalu.
Ia susulan nasihat doktor yang merawatnya dan bertanya sama ada beliau mengambil suntikan berkenaan, lalu memintanya berhenti serta-merta.
“Doktor memberitahu pengambilan suntikan Vitamin C tanpa kawalan mampu merosakkan jantung, hati dan buah pinggang. Berderau juga darah mendengarnya ketika itu.
“Kata doktor itu lagi, walaupun bukan sekarang, kerosakan itu akan datang empat atau lima tahun kemudian. Mujur saya cepat sedar lalu tidak meneruskannya, jika tidak pasti tubuh saya yang akan menanggung kesannya,” katanya kepada BH.
Ifa mengakui, beliau mengambil suntikan berkenaan pada awal tahun 2000 untuk kelihatan cantik, berkulit putih dan gebu ketika membuat persembahan.
IFA Raziah berhenti mengambil suntikan vitamin C kerana bimbang dengan kesan sampingan yang mampu menjejaskan fungsi organ dalaman tubuhnya. – Foto Syazana Rose Razman
Mudah diperoleh
“Saya menjadikannya sebagai amalan kecantikan di mana satu suntikan dalam tempoh dua minggu. Suntikan ini mudah diperoleh di pusat kecantikan sekitar Lembah Klang.
“Saya akui sememangnya ia terbukti berkesan dan mula menunjukkan sedikit perubahan pada minggu berikutnya. Ketika itu saya tidak mengetahui langsung sama ada barangan itu diluluskan atau tidak oleh kerajaan,” katanya.
Katanya, bagi mengekalkan kesihatan diri, ketika ini beliau mengambil Vitamin C dalam bentuk tablet sebagai antibodi dan menolak sama sekali suntikan Vitamin C.
Ditanya penjualan suntikan Vitamin C sekarang berbanding dulu, Ifa berkata, kini ia dijual berleluasa dan mudah diperoleh terutama di laman sosial.
“Klinik pakar kecantikan juga dikesan terlalu banyak menawarkan suntikan Vitamin C hingga memudahkan orang ramai khususnya remaja perempuan mencubanya.
“Ketika saya mengambil suntikan dahulu, Vitamin C perlu ditempah dari luar negara seperti Switzerland, malah hanya farmasi tertentu yang menjualnya,” katanya.
IFA mengambil suntikan vitamin C pada awal tahun 2000 dan menjadikannya sebagai amalan kecantikan iaitu satu suntikan dalam tempoh dua minggu. – Foto Syazana Rose Razman
“Saya sendiri meragui apa kandungan suntikan itu pada hari ini. Adakah produk itu datang dari China, apakah produk ini halal, adakah ia mengandungi DNA babi dan betulkah produk itu mampu memutihkan wajah kita,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kepada pengguna untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi pengambilan vitamin tambahan, terutama suntikan vitamin C, sebelum membelinya.
“Setahu saya, ia tidak memutihkan wajah dengan berkesan sebaliknya vitamin C ini hanya satu cara untuk menguatkan antibodi tubuh.
“Jangan main terjah semata-mata untuk cantik. Tanya mereka yang betul-betul pakar seperti doktor atau sekurang-kurangnya ‘google’ untuk tahu baik atau buruk suntikan ini,” katanya.
Dengar penjelasan doktor cantik ni tentang bahayanya suntikan vitamin C pada yang mengamalkannya.
Apabila memasak, perkara yang paling utama adalah cara membersihkan makanan. Ia adalah untuk mengelak berlaku keracunan makanan yang boleh memberi komplikasi seperti muntah, cirit-birit, sakit kepala dan demam.
Salah satu makanan yang agak sukar untuk dibersihkan adalah makanan bercengkerang. Memang mencabarannya nak membersihkannya.
Kerang, siput sedut, kepah dan lala adalah antara makanan bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur serta kotoran yang melekat. Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna mudah dicemari tumbuhan dan hasil laut yang beracun.
Bagi yang bercadangan memasak makana lala, sudah tentunya ada petua untuk membersihkannya. Salah satunya adalah menggunakan cili kering atau cili burung.
Seterusnya ikuti petua wanita ini. Mudah aje.
Ada tak yang macam sis. Kalau nak masak lala,kepah dan spesies lebih kurang dengannya rendam dahulu dengan cili kering@ cili burung. Supaya semua pasir yang melekat kat dalamnya kuar habis.
Petua nak keluarkan pasir
Cili kering/ cili burung
Air untuk rendam
Bilas, tiga atau empat kali hingga bersih. Kemudian baru masak menu kegemaran seisi keluarga.
Menutup 2018 dengan drama Pujaan Hati Kanda, pelakon dan juga hos tv yang kian popular ini berkongsi luahan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Si cantik manis, Mira Filzah dalam catatannya sebelum itu berkongsi paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
Jelasnya, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.
“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulisnya.
Mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.
“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.
“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” katanya.
Dalam pada itu, Mira turut mengakui lebih suka fokus kepada karier berbanding menjaja kisah peribadinya di luar.
‘Mira tak suka sentuh cerita peribadi sebaliknya mahu fokus tentang kerjaya buat masa sekarang.
‘Tetapi semua cerita tentang saya di luar sana tidak membebankan atau sampai beri tekanan sebab saya tahu ini semua lumrah sebagai anak seni. Saya faham situasi netizen dan saya takkan boleh halang teka-teki di luar.
“Saya juga tak suka memikirkan apa komen orang dan jarang ‘down’ dengan kata-kata orang. Sebaliknya saya hanya fokus pada lakonan saya sahaja.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.