Patutlah Ramai Yang Pilih Naik Motor Pergi Tempat Kerja, Rupanya Boleh Jimat Hampir RM10,000 Setahun!

Share

Tidak dinafikan kini kos sara hidup semakin meningkat yang mengakibatkan ramai yang mengalami pengecutan tabungan keluarga.

Lantaran itu pelbagai usaha yang dilakukan untuk memastikan perbelanjaaan setiap bulan mencukupi buat keluarga.

Ia termasuk melakukan kerja tambahan, menjual barang secara online atau menjadi rider penghantar makanan dan sebagainya.

Di samping itu, ada yang memilih mengunakan kenderaan motor sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja berbanding kereta. Selain cepat sampai ke destinasi , sudah pasti ia menjimatkan!

Sudah tentu banyak bezanya apabila memilih motor sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja.

Sebagaimana perkongsian oleh Nur Aliah Mohd Nor  yang menunjukkan kira-kira bahawa dalam dalam setahun boleh jimat hampir RM10 ribu setahun dengan menaiki motor selepas mengambil kira semua kos ini.

Naik kereta (contoh Myvi)

Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan)
Petrol RM2400 (RM200/sebulan)
Servis RM750/setahun
Roadtax RM550/setahun
Tol RM1440 (RM120/sebulan)
Lain2 RM250/setahun
Total : RM12,350

Naik motor

Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)
Petrol RM360 (RM30/sebulan)
Servis RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax RM30
Total : RM2,550

Total kos kereta – Total kos motor = Perbezaan yang boleh jimat.

RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!

Nampak tak, dengan hanya tukar kenderaan je kita boleh jimat hampir RM10,000! Katanya lagi, bukan tak boleh guna kereta tetapi jika anda graduan baru nak mula kerja adalah lebih baik jika banyakkan berjimat dan menyimpan untuk masa depan.

Kiraan jika nak pakai juga kereta. Tapi. Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli. Ni contoh kiraannya,

Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000. Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.

Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.

Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau. Kalau rasa susah, naik je moto dulu.

Lebih terbaik lagi kalau kita boleh beli rumah dan banyakkan simpan duit. Nota : Kiraan ni belum termasuk lagi bayar parking kereta bulanan. Lepas tu kena saman kereta lagi. Kalau darab dengan 1 tahun, berapa agaknya?

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club