Tidak dinafikan kini kos sara hidup semakin meningkat yang mengakibatkan ramai yang mengalami pengecutan tabungan keluarga.
Lantaran itu pelbagai usaha yang dilakukan untuk memastikan perbelanjaaan setiap bulan mencukupi buat keluarga.
Ia termasuk melakukan kerja tambahan, menjual barang secara online atau menjadi rider penghantar makanan dan sebagainya.
Di samping itu, ada yang memilih mengunakan kenderaan motor sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja berbanding kereta. Selain cepat sampai ke destinasi , sudah pasti ia menjimatkan!
Sudah tentu banyak bezanya apabila memilih motor sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja.
Sebagaimana perkongsian oleh Nur Aliah Mohd Nor yang menunjukkan kira-kira bahawa dalam dalam setahun boleh jimat hampir RM10 ribu setahun dengan menaiki motor selepas mengambil kira semua kos ini.
Naik kereta (contoh Myvi)
Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan) Petrol RM2400 (RM200/sebulan) Servis RM750/setahun Roadtax RM550/setahun Tol RM1440 (RM120/sebulan) Lain2 RM250/setahun Total : RM12,350
Naik motor
Ads
Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan) Petrol RM360 (RM30/sebulan) Servis RM360 (RM30/sebulan) Roadtax RM30 Total : RM2,550
Total kos kereta – Total kos motor = Perbezaan yang boleh jimat.
RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!
Nampak tak, dengan hanya tukar kenderaan je kita boleh jimat hampir RM10,000! Katanya lagi, bukan tak boleh guna kereta tetapi jika anda graduan baru nak mula kerja adalah lebih baik jika banyakkan berjimat dan menyimpan untuk masa depan.
Ads
Kiraan jika nak pakai juga kereta. Tapi. Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli. Ni contoh kiraannya,
Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000. Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.
Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.
Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau. Kalau rasa susah, naik je moto dulu.
Lebih terbaik lagi kalau kita boleh beli rumah dan banyakkan simpan duit. Nota : Kiraan ni belum termasuk lagi bayar parking kereta bulanan. Lepas tu kena saman kereta lagi. Kalau darab dengan 1 tahun, berapa agaknya?
Meninjau akaun Instagram MUA Bellaz, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan majlis baby gender MUA Bellaz. Diadakan di kediaman mereka, dekorasi belon-belon berwarna merah jambu dan biru memenuhi ruangan.
Terbaru, dia memuatnaik satu video yang memaparkan majlis baby gender yang diadakan di kediaman mereka.
Bellaz dan suaminya, Anuar atau mesra dipanggil Mart Nuart tampil sedondon dalam persalinan merah lengkap dengan sampin.
Meraikan hari indah ini bersama insan-insan tersayang, Bellaz seperti biasa tetap dengan mulutnya yang riuh itu.
Ketika dipecahkan belon yang berisi cebisan kertas berwarna pink, gamat suasana dan ianya adalah baby girl.
“It’s a GIRL, syukur alhamdulilah Ya Allah. Kakak Eica ada kawan dah.
Dia dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana impian untuk memiliki dua anak lelaki dan anak perempuan itu dipermudahkan Allah.
“Alhamdulilah maka selesailah misi 2 bunga 2 kumbang. Mat Nuart hang jangan macam-macam. Alhamdulilah semua rezeki dari Nya.
“Hai hampa, berpuasa yang ke 18 dah kita harini, kejap ja dah nak raya lagi 12 hari,” katanya teruja.
Sempat lagi Bellaz bertanyakan kepada Mat Nuart adakah ini penutup dan Mat Nuart membalas dalam gurauan berbunyi ‘ tambah lagi ‘.
Menderita sebagai pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ia ibarat detik hitam dalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga turut dijangkiti. Terasa begitu berat untuk ditanggung.
Inilah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.
Pun begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.
Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.
Hari hari saya nangis mintak tolong dengan Allah, perbaiki paru paru, jangan tidurkan saya Ya Allah. Allah dengar doa saya yang banyak dosa ni.
Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.
Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.
Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.
Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.
Seakan tidak dapat dibayangkan perasaan bila berdepan situasi cemas, ada haiwan liar di dalam rumah.
Apatah lagi haiwan seperti harimau, hidupnya di dalam hutan luas namun tiba-tiba menerjah masuk hingga mencederakan ahli keluarga.
Ini sebagaimana berlaku kepada pasangan suami isteri berusia 55 dan 58 tahun, dengan tiba-tiba seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Sentang.
Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan yang menceroboh ke dalam rumah pasangan itu melompat ke atas katil Faridah Ishak,58, yang terlantar akibat strok sebelum mencakar kening mangsa menyebabkan luka kecil.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat ketika kejadian harimau berkenaan mengejar seekor kucing yang ditemukan mati di kawasan berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.
“Melihat seekor harimau akar, seorang lelaki yang menghuni rumah itu cuba menghalau tetapi haiwan liar itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening isteri mangsa berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok.
“Bagaimanapun mangsa yang dicakar cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, susulan kejadian, anak saudara mangsa telah membuat aduan di pondok polis Kampung Pagar Sasak semalam.
“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak telah berkejar ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan itu.
“Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa,”katanya.
Azli berkata, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan tembakan ubat pelali.
Dalam pada itu beliau berkata, mangsa yang luka dibahagian kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan berada dalam keadaan selamat
“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan,”ujarnya.
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.