Patutlah Ramai Tempah, Hanya RM75 Sahaja Naik Train Dari Kl Sentral Terus Ke Hatyai, Seat Dah Makin Kurang!

Share

Patutlah Ramai Tempah, Hanya RM75 Sahaja Naik Train Dari Kl Sentral Terus Ke Hatyai, Seat Dah Makin Kurang!

Percutian bersama keluarga adalah momen yang sangat indah. Saat inilah hubungan akan menjadi lebih rapat apabila dapat berkongsi saat manis ketika pergi bercuti.

Bagi yang bercadang bercuti sempena Hari Malaysia 16 September 2022 ini apa kata bercuti dengan mengunakan perkhidmatan keretapi.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menerusi facebook rasmi KTM Berhad  berkongsi pakej istimewa di laman sosial berkenaan.

Khabar gembira buat yang ingin bercuti sempena cuti umum 16 September 2022 ni. KTMB telah menawarkan perkhidmatan keretapi khas terus dari stesen KL Sentral ke Hatyai pada harga bermula RM75 sahaja untuk perjalanan sehala.

Menerusi 𝐊𝐎𝐂 𝐓𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐄𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐘 𝐒𝐀𝐖𝐀𝐃𝐄𝐄 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐘𝐀𝐈Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB telah menambah  koc tempat tidur dan tempat duduk bagi yang ingin ke Hatyai.

Dalam pada itu, kepada penumpang yang ingin merasai pengalaman perjalanan menaiki tren khas ini dari stesen Padang Besar ke KL Sentral, anda juga boleh mendapatkan tiket dari Padang Besar ke KL Sentral.

Dapatkan tiket untuk tarikh perjalanan pada 18 September 2022, bertolak jam 4:00petang.
Pembelian tiket lebih mudah melalui aplikasi KTMB Mobile atau secara dalam talian di https://bit.ly/3kWOQv5

 

UPDATE TERKINI: TINGGAL 65 LAGI!

Masih berbaki 65 seat untuk Superior Seating Coach. Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk merasai percutian istimewa ini. Hanya RM75 sahaja!

Sumber: KTM Berhad

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club