Nak jaga kesihatan kena tahu cara pemakanan yang betul. Ia termasuk tahu khasiat apa yang kita makan.
Menarik dengan perkongsian Dr Rizal ini, kena alert tentang khasiat pemakanan. Menurut beliau, timau adalah makanan yang banyak khasiat terutama untuk elak serangan kanser. Jom ikuti penjelasan beliau.
Ni antara favourite dish saya. Nampak tak timun tu. Timun ni bukan biase biase. Sumber vitamin B1, B5 dan Biotin.
.
Dalam timun ada fisetin, asid caffeic, cucurbitacins dan lutein. Semuanya Anti kanser yang hebat. . Jadi nak jauhkan diri dari kanser, silalah berdamai dengan timun. Biar dia jadi best friend hidangan kita.
.
Nampak tak tomato tu. Kita tengok tomata nampak macam biasa jer kan. Uish jangan ingat macam tu. Dalam tomato ada lycopene.
.
Bukan tu saja. Ada folate. Penting untuk bentuk tisu dan fungsi sel.
.
Satu yang menarik ialah ikan kembung. Bukan kaleng kaleng ya ikan kembung ni. Ikan kembung ada Omega 3. Bukan salmon jer.
.
Satu lagi yang bagus ialah bawang. Bawang ni ada biotin. Penting untuk pastikan kulit sihat. Bagi akar rambut kuat. Taklah menipis sangat rambut.
.
Nak masak macam mana?
.
Dapat idea. Rebus ikan. Ambil isi. Campur dengan seasoning Ni Lagi Sedap OCOC. Letak cili hidup. Gaul. Kalau tak de Ni Lagi Sedap ni letak garam himalaya dan black pepper.
.
Potong timun kecil kecil. Tomato pun sama. Potong kecil. Bawang hiris halus.
.
Nak kick L tyrosine dan choline untuk fokus campurkan hirisan telur rebus. Bagus untuk otak.
.
Makan macam tu saja. Fresh. Oh ya sebelum ngap, ambil satu sudu minyak MCT tuang atas campuran. Bagi energi tambahan kat otak. Tolong bakar lemak lebih sikit.
.
Simple kan? Bila nak buat?
Berkongsi pengalaman sendiri untuk mencari me time yang sebenar dengan terpaksa mengurus anak-anak dan dalam masa yang sama menjaga ibu mertua yang tidak berapa sihat diakui oleh Sri A’jilah memang mencabar. Bahkan menurutnya bagi memotivasikan diri, pelbagai usaha dilakukan. Berkongsi kisah tersebut jom kita baca entry di fbnya.
Ada satu peristiwa yang saya ingat dengan jelas sehingga kini dan buat saya sedar banyak perkara.Waktu zaman saya down dan terperuk dalam rumah beberapa tahun dulu, saya banyak membaca untuk motivate diri sendiri.Sudah tentulah saya baca tulisan-tulisan tentang rumah tangga, tentang keluarga, tentang isteri, dan anak-anak.
Saya ingat sungguh ayat yang saya baca itu. “Seorang isteri mesti ada masa untuk diri sendiri, adakan me-time untuk refresh diri. Perlukan ‘self care’ supaya sentiasa bersemangat untuk uruskan keluarga.Dan saya mengambil kata-katanya itu bulat-bulat.
Saya mahukan me-time sendiri. Tapi susahnya nak dapat. Solat pun berdukung anak. Solat cepat-cepat sebab ada anak yang menangis. Saya tak harap me-time lain pun, cukuplah dapat solat dengan tenang, tak terkejar-kejar, dan selesa.
Tapi tak dapat!
Solat tergesa-gesa, buka telekung pun tergesa-gesa.
Salah ke apa yang saya baca tu?
Tak salah langsung!
Yang salahnya ialah penerimaan saya pada ayat tersebut.
Bila anak kecil-kecil dan saya cuba nak dapat me-time atau cuba nak buat self-care, memang tak dapatlah, kan! Masanya tak sesuai. Waktu itu, saya pjj dengan suami. Duduk pula dengan mentua, dan mentua pun tak berapa sihat.
Me-time apa yang kau harapkan?
Allahuakbar.
Stressnya tu, Tuhan saja yang tahu sebab kita dah set dalam kepala yang kita nak buat juga me-time. Saya terlepas pandang satu perkara.
Orang boleh bercakap, boleh tulis pelbagai teori, dan boleh share macam-macam tips untuk bahagia. Tapi hakikat bahagia tu, ada dalam diri kita sendiri.
Dah tahu anak kecil-kecil dan perlukan perhatian, kau masih nak me-time bagai? Habis tu, nak harapkan siapa tengok anak-anak?
Makanya, nak aplikasikan sesuatu, biarlah sesuai dengan situasi kita. Kalau tak, kita sendiri yang akan stress dan bertambah susah nak urus diri. Anak-anak dah besar sikit nanti, dah faham, dah boleh menolong, kau ambillah banyak mana pun me-time yang kau nak.
Me-time sampai lebam!
Tahniah diucapkan buat penyanyi popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari yang telah selamat disatukan bersama lelaki pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana petang tadi.
Memilih lokasi cantik dan mewah, Bunga dan Tiko sepakat untuk mengabadikan kisah penyatuan cinta mereka di Resort Amankila, Bali, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, BCL cantik mengenakan busana adat Jawa berwarna putih yang dipadankan dengan batik berwarna coklat.
Selain dihadiri ahli keluarga, majlis yang cukup indah itu turut dihadiri keluarga Ashraf Sinclair malah Aishah Sinclair turut menjadi pengapit Bunga.
Menerusi Instagramnya, Bunga turut memuat naik video bagi memaklumkan pernikahan itu. Momen penuh indah itu turut dikongsikan Bunga.
Terdahulu, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada tahun 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang tapi juga pelbagai yang diberikan Allah kepada setiap manusia.
Begitu dengan kisah sebuah keluarga ini. Biarpun tidak dilimpahkan rezeki wang ringgit, tapi dikurniakan adik beradik seramai 16 orang.
Biarpun melalui kehidupan sukar, namun dengan berkat didikan arwah ayah dan ibu, telah berjaya membentuk anak seramai 16 orang ini mempunyai jati diri.
Lebih manis lagi, kesemua 16 orang adik beradik ini berjaya melangkah ke menara gading. Tidak lupa, keluarga ini, hidup kekal berjemaah untuk memastikan keluarga bahagia dan dipermudahkan kehidupan mereka. Inilah rahsia keluarga inspirasi ini.
Kisah keluarga ini yang mendapat perkongsian sehingga 19K! Biarpun kisah lama, namun perkongsian ini sungguh inspirasi untuk kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian ini.
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa. hingga 11 semua lelaki. 12 hingga 16 semua perempuan. Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150. Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah.
REZEKI ADIK BERADIK PANDAI BERDIKARI
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
PESANAN ARWAH AYAH, SOLAT BERJEMAAH JANGAN TINGGAL
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah. Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...