Bagi yang pernah menjamu selera hidangan Nasi KhouMok atau Nasi Beriani Thai pastinya akan mengakui rasanya memang sedap.

Kepada yang nak mencuba resipi ni boleh ikuti cara penyediaan yang disediakan oleh RoziMas Mustapha.

Ikuti resipi ini.

Patutlah Ramai Share Resipi Nasi KhouMok Ni Memang Sedap. Dah Rasa Memang Nak Buat Lagi.

Bahan Untuk Perapan Ayam
-Seekor ayam
-Dua batang serai *
-Satu inci halia (sebsr ibu jari) *
-Bawang putih (satu labu) *
-Pewarna merah (1 sudu bsr)
-Maggi Cukup Rasa (1sudu bsr)
-Kunyit (1 sudu bsr)
-Tepung gandum (1 senduk)
-Serbuk jintan halus & manis (1 sudu kcl)
-Masukkan sedikit air

[Perap ayam 1 jam, kemudian boleh digoreng]

Bahan Untuk Nasi
(kalau di kelantan rempah nasi khoumok dah ready-made ada jual dikedai runcit, tapi di Kuala Lumpur saya kena buat sendiri)

IKLAN

– ½ beras
-Serai 1 btg *
-Halia (bsr ibu jari) *
-Bawang putih (7 ulas) *
-Serbuk kurma (2 sudu bsr)
-Kunyit (1 sudu kcl)
-Serbuk ketumbar (1 sudu kcl)
-Serbuk jintan (1 sudu kcl)
-Minyak sapi (1 sudu bsr)
-Black pepper (1 sudu kcl)
-Daun pandan sehelai
-Minyak msk (1 sudu)
-Susu pekat (2 sudu bsr)
-Garam (1 sudu kcl)
-Bunga cengkih (7 biji)
-Bunga lawang (3 bintang)
-Buah pelaga (3 biji)
-Kayu manis (bsr ibu jari)
( 4 sekawan naaa)

[ * kena tumbuk halus naaa]

•Cara Penyediaan Nasi

Patutlah Ramai Share Resipi Nasi KhouMok Ni Memang Sedap. Dah Rasa Memang Nak Buat Lagi.

IKLAN

-Tumiskan bahan yang bertanda *
-Dah naik bau masukkan kunyit, serbuk jintan, serbuk ketumbar, daun pandan
-Masukkan empat sekawan
-Cuci beras terus masukkan bahan tumis di ats
-Masukkan minyak sapi, susu, garam
-Masak macam biasa

Penyediaan sos
-bawang putih (7 ulas) *
-Cili merah (15 biji) kalau nak pedas tambah ler
-Cuka (1 senduk)
-Air (1 senduk)
-Gula (2 senduk)
-Garam (½ sudu kecil)
-Daun ketumbar

Cara penyediaan

IKLAN

•Masak semua bahan sos sehingga mendidih. jaga api jangan sampai melimpah. dah suam sikit, masukkan hirisan daun ketumbar

•Ulam-ulaman
-Timun
-Salad
-Kubis

-Bawang goreng (sy goreng sendiri barulah rasa umph)

Selamat mencuba!

Sumber: RoziMas Mustapha

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI