Patutlah Ramai Share Resipi Basque Burnt Cheese Cake. Sedap Dan Mudah Nak Buat.

Share

Terdapat pelbagai jenis kek yang sering menjadi perhatian para ibu-ibu untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Salah satu kek yang trending kini adalah kek jenis keju yang dikenali sebagai  Basque Burnt Cheese Cake.

Ikuti perkongsian Puan Raja Rehan Raja Zammil.

Assalamualaikum syg2 hakak.. Dah tidur ke semuaaa? Kat sini hakak nak share resepi Basque Burnt Cheese Cake yg hakak buat niaga.. Baca satu2 taw.. Pls gn derhaka kat resepi
Doakan sekali rehan murah rezeki yer kesayangan semua .

Resepi Basque Burnt Cheese Cake by Rehan’s Homemade

Bahan-bahan

* 2kg cream cheese Royal Victoria (keluarkan dari peti sejuk sejam awal)
* 14 biji telur gred A
* Tepung gandum 60gm
* gula halus 600gm
* Esen vanilla 2 penutup
* Whippingcream 1 litre (pukul kental terlebih dahulu)

Cara – cara


1. Pukul Whippingcream sehinga kental n ketepikan (masuk balik dlm peti ais)

2. Mix cream cheese dgn gula halus sehingga sebati..

3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji beserta esen vanilla..

4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati..

5. Last but not least masukkan pula Whippingcream yg dah kite simpan dlm peti ais tadi.. Mix sekadar sebati kan sahaja..

6. Utk loyang 6 inch.. Adunan ni dpt dlm 8 biji kek.. Alaskan kertas parchment paper kat loyang.. Anggaran sebelum bakar utk sebiji kek dlm 550gm..

7. Bakar pada suhu 200c selama 45mnt kemudian tukar kan suhu kepada 170c selama 15mnt..

8. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di hidangkan..

Nota * sebelum buat semua ni.. Sila panaskan oven terlebih dahulu.. Guna api atas bawah.

Selamat mencuba!