Patutlah Ramai Share, Kuah Rojak Ni Sedap Sangat. Resepi Nak Buat Pun Mudah!

Share

Memasak memang sinonim dengan wanita. Biarpun wanita itu bekerja atau tidak, pasti, dia akan tetap memasak hidangan seisi keluarga. Selain memask, menu minum petang pun, menjadi salah satu ‘ilmu’ yang kena ada untuk memastikan seisi keluarga dapat rasa ‘air tangannya’ setiap hari. Inilah yang dikatakan ikatan pengasih buat keluarga.

Salah satu resepi minum petang cuti-cuti ni boleh cuba, Resepi Rojak Tauhu ini.  Nak buat pun mudah. Tentu anak-anak dan suami suka.

Cubalah!
BAHAN KUAH ROJAK:

• Cili kering 10 tangkai (blend halus)
• Sos Cili 1/2 cawan
• Belacan 2 inci
• Gula Merah 1 cawan
• Gula pasir 1/2 cawan
• Kicap pekat manis 1/3 cawan
• Air 1 cawan
• Tepung Jagung 3 sudu besar

CARA BUAT:

1) Campur semua bahan kecuali tepung jagung..
2) Masak sampai gula semua cair dan mendidih..Pastu masukkan tepung jagung..kacau2 sampai pekat likat.. sejukkan
3) Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung..Gaul2.. hmm dap ??

TIPS TAMBAHAN:
• Tauhu – digoreng
• Kangkung – dicelur
• Taugeh – dicelur
• Timun – disagat

Kredit Resepi: Atie Jumaat / Suka Makan Dot Com

Selamat mencuba!