Patutlah Ramai Share Hingga 22K, Resipi Bebola Kentang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Hanya Guna 3 Bahan Jer!

Share

Ketika lock down ni, tentu mak-mak mencari resipi yang mudah untuk memasak kudapan buat anak-anak.

Maklumlah tidak dapat ke mana-mana tentu anak-anak asyik ulang alik ke dapur. Selain makan roti atau biskut apa kata buat kudapan bebola kentang. Ia seakan kuih cekodok pisang. Menariknya kuih ini menggunakan bahan asas iaitu kentang.

Rasanya memang sedap! Rangup diluar, lembut di dalam. Malah daripada perkongsian sebelum ini ada yang telah ubah suai dengan meletakkan keju sebagai inti dalam bebola. Rasa memang superb!

Nak tahu cara nak buat, selanjutnya ikuti resipi viral ini.

Bebola Kentang Rangup

Resepi 3 bahan jer .
~Kentang 5 biji( Direbus .toskan..dilenyek2)
~Tepung Jagung 5 sudu besar
~Sedikit garam
Satukan semua.
Bulat-bulatkan…Masa ni..sapu sedikit minyak atas tapak tangan.

Goreng .


Lebih sedap cicah dengan sos cili.

Siap!
Boleh juga buat dengan cara ni. Bulat2kan pastu celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti..

Selamat mencuba!

Sumber: Zuraini Ramli