
Apabila cuaca terasa bahangnya sudah tentu pengunaan aircond kerap digunakan. Malah aircond bukan sahaja di pasang dalam bilik tetapi juga di ruang tamu.
Seperti biasa kita akan pilih suhu yang paling rendah untuk memastikan ruang persekitaran dalam keadaan sejuk dan nyaman. Juga kita akan pilih cool mode.
Namun tahukah anda bahawa, anda digalakkan memilih dry mode kerana dikatakan membantu penjimatan tenaga elektrik. Paling penting elak selesema.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TIP RINGKAS AIRCOND
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?
Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Dry Mode
Cool Mode
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema. Cuaca panas sangat sekarang ni kan, harap info ni dapat membantu anda. Semoga bermanfaat
Sumber: Viral Media Johor
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
4 Orang Anak Semua Straight A. Perkongsian Dari Ibu Ini Jangan Pandang Sebelah Mata!

Perkongsian ini cukup mengujakan, terutamanya buat kita yang inginkan anak-anak cemerlang namun tidak tahu caranya. Jom apa kata kita korek rahsianya sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu ini di akaun fb Ummu Al Fateh setelah bersua muka dengan ibu salah seorang pelajarnya yang dapat keputusan straight A.
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu pelajar ini.pelajar lelaki melayu.
disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.
so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):
1)anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.
2)pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.
3)pukul 10 masuk tidur
4)tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.
5)keluar mesti dgn ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.
6)ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali)
7)kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
7)tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.
sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.
ayat last sekali maknya mmg power:
“Cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah byk membantu sy didik dia. Terima kasih cikgu”
Sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru
“Tak Pernah Wujud Isteri Sempurna, Apa Lagi Suami Yang Cukup Segalanya. Jangan Dibuka Ruang Buat Pihak Ketiga Menyondol Rumah tangga Kita.”

Rumah tangga dibina atas dasar kasih sayang dan cinta dari dua insan yang berbeza. Segala suka duka serta onak dan duri ditempuhi bersama.
Untuk mengecaoi bahagia, kena ada ‘give and take’. Kesempurnaan bukanlah hal-hal yang kecil namun hal-hal yang kecil inilah yang membentuk kesempurnaan.
Sebenarnya dalam kehidupan ini, kita tak perlukan seseorang yang sempurna, cukup dengan Allah temukan kita dengan seseorang yang selalu ada di saat kita memerlukannya. Bertuah apabila pasangan kita sedemikian rupa kan!
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. ketidaksamaan pandangan dan pilihan itu normal dalam rumah tangga. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan. Jadi, usah gunakan kelemahan pasangan anda untuk mencari kesalahan mereka.
Saudara Mizan Dzai berkongsi pandangan mengenai isu ini.
BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI.
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami.
Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
”Handsomenya, Copy Paste Baba Ni. Dagu Tu Mahal.” Anak Ketiga Jamal Raih Perhatian. Comel Dengan Tema Bangsawan!

Baru-baru ini, Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata ketiganya yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani. Lebih istimewanya lagi, si kecil ini lahir tarikh yang cukup cantik 22.2.2022.
Menurut Pelantun lagu Sepi Seorang Perindu ini, isterinya Datin Zai Izzati bersalin menerusi pembedahan.
Begitupun, pasangan sebelum ini tidak menunjukkan tidak sepenuhnya wajah si kecil. Namun Ada yang mengatakan wajah anak lelaki mereka ini ada iras-iras seperti ayahnya.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Jamal Abdillah, telah dikongsikan beberapa keping gambar photosh00t baby Iskandar. Memilih tema pahlawan bangsawan, Iskandar dipakaikan busana umpama laksamana lengkap tengkolok dan keris.
Namun perkongsian terbaru raja pop tanah air ini, menampakkan wajah babynya. Gambar si kecil sedang melakukan sesi fotografi dimuatnaik menerusi akaun Instagram Jamal.
Memilih tema pahlawan bangsawan, Iskandar dipakaikan busana umpama laksamana lengkap tengkolok dan keris.
Jamal memuatnaik gambar comel Iskandar Rayyan buat tatapan pengikutnya di Instagramnya.
Anakanda teman, Iskandar Rayyan Yamani,” tulis Jamal menerusi kapsyennya.
Dalam masa yang sama, isterinya Datin Zai turut berbuat demikian.
“Hi uncle & auntie. Assalammualaikum, si jebat ISKANDAR RAYYAN YAMANI nak lalu.
Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai,2.
Jamal turut mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16.
Sumber: