Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.
Seterusnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :
1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
4. Mengekalkan berat badan.
5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
#
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club