Apabila bulan puasa, Bazar Ramadan menjadi tempat tumpuan ramai. Pastinya ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan bulan ini.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan para peniaga perlu melakukan suntikan vaksinasi Tifoid bagi mencegah penularan penyakit yang tersebar melalui air atau makanan yang tercemar.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kenapa Peniaga Bazar Ramadan Kena Suntikan Vaksinasi Tifoid?
Ads
Beberapa minggu menjelang Ramadan ni, ramai orang datang ambil suntikan vaksinasi tifoid. Peningkatan ini memang dijangka kerana ia berlaku setiap tahu. Ketika Ramadan, ramai yang mencari rezeki meniaga juadah di bazar Ramadan.
Setiap peniaga yang ingin menyewa tapak di bazar disyaratkan oleh PBT untuk mengambil suntikan vaksinasi tifoid. Jika, tak ada sijil vaksinasi ini, tak boleh sewa tapak. Peniaga kena pastikan semua pekerjanya ada sijil ini. Jika tak ada, akan dikompaun.
Syarat ini tak terhad kepada peniaga makanan di bazar-bazar Ramadan. Ia juga terpakai kepada semua perniagaan yang melibatkan pengendalian makanan, termasuk kafe, restoran, warung, gerai, dapur komersil, kilang dan sebagainya.
1. Mengapa Pekerja Makanan Perlu Vaksin Tifoid? Mencegah penularan penyakit: Demam tifoid disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi yang tersebar melalui air atau makanan yang tercemar. Pekerja makanan yang mengidap demam tifoid berisiko tinggi menularkan penyakit kepada pelanggan. Vaksin tifoid dapat mengurangkan risiko penularan dan melindungi kesihatan pengguna.
Menjamin keselamatan makanan: Dalam industri makanan, kebersihan dan keselamatan makanan menjadi keutamaan. Vaksinasi tifoid bagi pekerja makanan menjamin bahawa mereka tidak menjadi pembawa penyakit yang boleh membahayakan kesihatan orang lain. Mempertingkatkan reputasi perniagaan:
Ads
Pemberian vaksin tifoid kepada pekerja makanan menunjukkan tanggungjawab perniagaan dalam menjaga kesihatan pelanggan. Ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menambah baik reputasi perniagaan.
2. Apakah Gejala Demam Tifoid? Gejala demam tifoid biasanya muncul 1 hingga 3 minggu selepas seseorang terdedah kepada bakteria. Gejala yang biasa termasuk: ◼Demam tinggi ◼Sakit kepala ◼Lemah badan atau lesu ◼Sengal otot ◼Batuk kering ◼Kehilangan selera makan ◼Sakit perut ◼Sembelit atau cirit-birit ◼Ruam pada kulit
3. Apakah Rawatan Demam Tifoid? Demam tifoid boleh dirawat dengan antibiotik. Namun, keberkesanan antibiotik semakin berkurangan disebabkan peningkatan bakteria yang tahan(resistant) terhadap antibiotik. Oleh itu, pencegahan melalui vaksinasi menjadi keutamaan.
Meskipun vaksin tifoid memberikan perlindungan, ia bukan 100% berkesan. Pekerja makanan masih perlu mengamalkan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan makanan untuk mengurangkan risiko penularan demam tifoid.
Peranan sektor perkhidmatan makanan menjadi semakin penting semasa Ramadan, di mana permintaan makanan untuk berbuka puasa meningkat. Diharap para peniaga dan penjaja makanan menjadikan kebersihan dan keselamatan makanan sebagai keutamaan. Semoga bermanfaat! Bagaimana persediaan anda menyambut Ramadan kali ini
Usaha anak kecil yang sebak melaungkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya Francis Awih yang terjatuh ke laut dekat Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lepas ditemui. Video tersebut benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan menontonnya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah tongkang dan dia terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui sehingga hari ini.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin lepas.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari si anak, banyak perrkongsian video update pencarian mangsi dikongsi oleh sepupunya @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Semalam Anira Tulyina berkongsi satu video memaparkan kakak dan adik mangsa membacakan beberapa ayat al-Quran termasuk surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Masad & ayat kursi sebagai salah satu usaha mereka sekeluarga memohon pertolongan Allah SWT untuk mencari mangsa yang sudah lebih lima hari hilang.
Selain dari itu Anira mewakili keluarga mangsa turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MARITIM Malaysia Sarawak dan seluruh pihak yang telah berusaha bertungkus lumus mencari sepupunya yang sehingga kini masih belum ditemui.
Semoga hari-hari terakhir Ramadan ini dapat memberikan berita Bahagia buat keluarga yang diuji ini. Kita doakan semoga mangsa ditemui dengan segera.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta, layan apa yang diinginkan dan bercakap dengan kata-kata manis demi menggembirakan pasangan. Bila sudah berkahwin dan punya anak, lain pula jadinya. Seakan berubah, masing-masing lupa untuk terus bersikap romantik terhadap pasangan. Ini kelazimannya!
Namun hakikatnya layanan romantik itu amat diperlukan dalam hubungan suami isteri untuk kekal bahagia. Meskipun dengan melakukan perkara yang kecil dan simple, seperti meluahkan ungkapan yang sweet namun percayalah perbuatan tersebut sangat memberi kesan dalam kehidupan suami isteri.
Situasi ini sempat dikongsikan pasangan suami isteri ini di TikTok.
Sebelum ini seorang isteri Bernama Nazira Nawawi dilihat kerap memuat naik rakaman bersama suami tercinta dan anaknya. Terbaru, dia dilihat menunggu suaminya pulang kerja di muka pintu meskipun hari sudah malam.
“Assalamualaikum cinta”, itulah ungkapan pertama yang diucapkan ketika menyambut kepulangan suaminya yang kelihatan penat selepas pulang daripada tempat kerja. Sebaik mendengar ungkapan tersebut dari isteri tersayang, lelaki berkenaan terus lentok sebelum memusingkan badan yang kononnya sudah cair dengan layanan isterinya yang sebegitu sweet sambil memegang bungkusan lampin anak.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen akui turut terhibur dengan sapaan lembut dari Nazira buat suaminya. Bukan itu sahaja ramai juga meluahkan rasa tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu dilayan seperti itu daripada pasangan masing-masing.
Dalam diam, rupanya bekas personaliti TV3 yang terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim kini sedang hamil anak keempat. Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi Instagram rasminya semalam.
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu mengesahkan yang dirinya sedang hamil lebih tujuh bulan ketika ini.
Azrinaz mengulangi perkara sama mengumumkan berita sama saat hamil anak ketiganya, Areesya Malaykha (kini setahun empat bulan) pada tahun 2019.
Malah Azrinaz turut berseloroh memaklumkan gambar berbadan dua yang dimuat tersebut bukanlah gambar lama yang dikongsi semula.
“Ini bukan gambar ‘throwback’. Apa yang dilihat dalam ini gambar semasa. Anak lelaki atau perempuan, nak mengidam apa… saya memperkenalkan bakal anak keempat.
“Saya sudah hamil dalam tempoh 30 minggu saat ini. Alhamdulillah Tuhan berikan nikmat indah ini untuk saya dan suami sekali lagi di usia kami sekarang.
“Saya pun tak jangka akan hamil lagi dengan jarak yang dekat usia kelahiran Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu menunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini,” katanya.
Azrinaz turut memohon keluarga, teman dan pengikutnya di Instagram untuk mendoakan kesejahteraan diri dan anak dikandungnya itu.
“Semoga segala galanya akan lancar dan dipermudahkan. Saya dijangka melahirkan anak keempat ini awal bulan April depan,” katanya
Dalam pada itu, Azrinaz sempat berseloroh kepada BH Online saat ditanya mengenai fasa perintah kawalan manakah anak yang dikandungnya kini
“Tak tahulah nak cakap anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sejujurnya saya tak merancang pun,” katanya.
Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lamanya itu pada 1 Mei tahun 2018
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.