Dah ‘delete’ semua gambar, tetapi semua tetap tak menjadi. Telefon tetap dikatakan ‘full storage’ . Nak save gambar pun tak boleh.
Pening juga dibuatnya. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerja menggunakan telefon setiap masa. Gambar yang nak save memang tak boleh.
Namun ramai yang tak tahu, rupanya selain saiz gambar yang besar, ia juga disebabkan oleh telegram.
Nak tahu caranya, ikuti panduan ini.
BEGINI CARANYA.
Sama ada anda pengguna Android atau iOS, kadangkala masalah storan (storage) disumbangkan oleh Telegram. Hal ini kerana segala media terutamanya bersaiz besar tidak dipadam dari storan.
1.Buka Telegram, masuk ke ‘Settings’.
2.Tekan ‘Data and Storage’ atau ‘Data dan Storan’.
3.Tekan ‘Storage Usage’ atau ‘Kegunaan Storan’.
4.Tekan ‘Clear Telegram Cache’ atau ‘Padam Kac Telegram’.
5.Tekan ‘Clear Local Database’ atau ‘Padam Pengkalan Data Tempatan’, jika ada).
Selesai.
Ads
Ini lagi cara supaya Telegram menghapuskan semua fail media daripada storan telefon secara automatik.
Seperti penyelesaian di atas juga, fail tersebut hanya dipadam daripada ‘storage’ telefon tapi anda boleh muat turunnya semula dalam chat Telegram.
Ads
1.Buka Telegram, masuk ke ‘Settings’.
2.’Data and Storage’ atau ‘Data dan Storan’.
3.’Storage Usage ‘atau ‘Kegunaan Storan’.
Pada ‘Keep Media’ atau ‘Simpan Media’, pilih tempoh yang anda mahu. Contohnya 3 hari, maka Telegram hanya akan menyimpan fail media tersebut selama 3 hari kemudian ia akan hilang daripada storan telefon.
Jika anda tidak mahu tetapkan berdasarkan tempoh, anda boleh pilih untuk tetapkan berdasarkan saiz.
Di ‘Maximum Cache Size’ atau ‘Saiz Kac Maxima’, pilih antara 5GB hingga 50GB. Secara peribadi saya memilih 5GB kerana saiz itu sudah cukup besar. Jika fail mencecah lenih 5GB, Telegram secara automatik akan padam semua fail.
Jelas sekali terjemahan dalam Telagram sangat tidak tepat namun inilah seadanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di sebalik kejayaan menggenggam ijazah, namun ibu tabah ini diduga dengan anak yang menghidap penyakit kronik.
Perkahwinan dalam usia yang muda menyebabkan wanita ini tidak sempat berbakti kepada keluarga. Namun, disangka panas hingga ke petanG, rupanya gerimis di tengah hari. Perkahwinan yang disangka akan kekal hingga ke akhir hayat, rupanya putus di tengah jalan.
Ikuti perkongsian ibu tunggal kepada dua cahaya mata bernama Qiu Fiyya Abdul Gani menerusi postingnya di laman facebooknya. Dia bercerita mengenai anak keduanya yang disahkan menghidap kanser tulang.
Semoga dipermudahkan buat keluarga ini dalam menempuhi ujian yang cukup berat ini.
Harta yang tidak ternilai yang aku miliki iaitu Muhammad Zaki Aiman dan Nur Syazana Aqilah. Berkahwin di usia yang muda bukanlah impianku. Namun, jodoh itu ketentuan tuhan dan aku berkahwin sewaktu usiaku 21 tahun.
Bukan mudah untuk kita kekalkan kebahagiaan rumah tangga apatah lagi terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. Dari awal perkahwinan sehinggalah jodohku berakhir dengan ayah mereka…Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak atau membuka aib sesiapa tapi apa yang aku ingin kongsikan adalah perkara yang kita panggil peluang….
Dalam mengejar cita-cita, impian dan juga kesenangan, aku menyimpan angan-angan untuk mempunyai segenggam ijazah. Aku malu pada ibu yang telah banyak berkorban untuk aku dan keluarga. Aku gagal membuktikan padanya bahawa aku seorang graduan lepasan Ijazah kerana aku berkahwin awal.
Lalu aku dengan menyatakan hasrat kepada suamiku untuk menyambung pengajian ku di universiti sewaktu Nur Syazana Aqilah berusia 2 bulan…dan pada usia Syazana 4 bulan, aku telah pun mengambil PJJ untuk kebaikan kami bersama di masa hadapan dan membela nasib keluarga…
Walau bagaimana pun, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan… seringkali setiap hari Sabtu anak-anak ku hantar ke Nurseri dan pada hari Ahad…kuminta suami ku menjaga mereka…dan alhamdulillah…bagiku peluang tersebut aku gunakan sebaik mungkin…
Tapi tahukah kalian…disebalik kejayaanku berapa banyak hati yang menderita? Anak-anak kehilangan tempat bermanja…rutin harian berubah..masa ku banyak kuhabiskan menghadap buku dan depan komputer serta perjumpaan bersama classmate…
Seusia 4 bulan Syazana hilang tempat bermanja…tanpa kusedari…kami semakin renggang…renggang kerana aku terlalu sibuk mengejar kejayaan…
Genap 5 tahun, barulah aku graduate dan….. anak-anakku telah pun membesar serta sangat2 berdikari…pada mulanya aku berasakan ia sebuah kejayaan hasil didikan aku…rupa-rupanya…Syazana berjauh hati dengan aku…Mujurlah Zaki Aiman dapat aku pujuk hatinya kerana Zaki Aiman banyak menghadiri sesi kaunseling….Bagaimana pula Syazana?
Sewaktu dia sakit, barulah aku mengerti betapa menderitanya hati si adik…dia akan ulang bercerita setiap perbuatan dia untuk meraih perhatian aku. Aku dapat rasakan betapa kecewa nya hati seorang anak bila rasa diabaikan…
Tidak semua impian kita itu terbaik untuk kita…Masa aku graduate…aku menangis sungguh2 kerana teringat sewaktu mula-mula sambung belajar niatku untuk membela nasib keluargaku…tapi pada hari itu…tiada siapa disisiku…ibu dan kakakku memujuk aku untuk bersabar…anak2 ibu siapkan dan kami bertolak untuk majlis convocation aku…
Bergelar ibu tunggal bukan mudah untuk dia cuba memujuk hati anak-anaknya Malah, corak kehidupannya juga berubah.
Aku cuba meraih perhatian mereka dan mengejar hati mereka kembali… alhamdulillah.. sedikit demi sedikit dapat aku rasakan ikhlasnya kasih sayang anak-anakku…bahagia sangat2 aku rasakan…
Jun 2018, aku dan anak-anakku bersama-sama cuba ‘move on’ dari kisah yang lalu…kami sibuk menghias bilik dan menempah baju untuk persiapan raya…Kami berjanji raya kali ini nak sedondon dengan mak dan adikku…serta ayah mereka…aku lakukan semuanya untuk menyenangkan hati mereka sebagaimana mereka menggembirakan hatiku…
Dalam kesibukan menunggu Syawal…kami sibuk pasang wallpaper…tukar susun atur bilik dan buang semua barang lama yang dah 2 tahun x berusik….Di pejabat aku apply cuti raya awal-awal lagi untuk menghabiskan masa di kampung…Segala pes makanan utk menu hari raya telah ku beli….namun segala-galanya terasa seperti direnggut apabila Syazana disahkan menghidapi kanser tulang…
Luluh dan terbang semangat untuk berhari raya…Raya tahun ini, aku lebih banyak membisu.. berterus-terang dengan saudara-mara tentang status aku yang selama ini aku sorokkan dan kulihat Syazana banyak bermurung serta protes akan sakit yang ditanggungnya…
Ujian kita sebagai manusia tidak sama…aku diuji oleh Allah dan aku benar-benar terfana dengan ujian ini… sesungguhnya kawan-kawan dan sahabat..ujian ini mengajar aku bersabar dengan karenah anak-anak ku..
Allah pulangkan kembali masa yang aku dah curi yang sepatutnya aku spend untuk mereka dahulu. Walaupun begitu, aku bersyukur kerana aku dapat rasakan kedapnya pelukan Syazana Aqilah setiap kali mendakapku..kini dia takut akan kehilanganku…dan benar-benar mahukan aku sentiasa di depan matanya… manakala anakku Zaki Aiman lebih kerap menceritakan permasalahannya berbanding dulu…
Syukur ke hadratmu tuhan…kerana kau beri aku peluang untuk betulkan kesilapan lalu…dan terima kasih kerana Kau beri aku peluang dan kesempatan untuk aku terus bersama dengan anak-anakku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik Ezzaty Abdullah yang baru lima bulan melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ahmet bercerita pengalamannya melalui fasa kelahiran anak kedua yang jauh berbeza dengan anak pertama.
Menurutnya pengalaman dalam bilik bersalin selama 28 jam semasa proses melahirkan anak pertama langsung tidak merasai kesakitan walaupun sudah di induce.
“Alhamdulillah masa tu tak sakit sangat. Tak macam orang cerita kalau kena induce sakit sangat. Saya rasa macam period pain je. Masa nak push baby dalam tempoh 40 minit saya siap boleh gelak lagi.
Masa doktor angkat baby dan tunjuk, saya siap cakap boleh beranak lagi doktor,” Ezzaty bercerita pengalaman bersalin anak pertama semasa menjadi jemputan dalam webinar Aku Tak Serik Bersalin anjuran Pa&Ma pada Ahad lepas.
Bagaiamanpun pengalaman melahirkan anak kedua jauh berbeza daripada anak pertama. Katanya dia tidak boleh tidur dan mengalami muntah teruk semasa hampir nak bersalin.
“Oleh sebab doktor yang sama sambut kelahiran anak pertama dulu, jadi doktor nak bagi induce. Saya pun sebab pertama kena induce tak sakit jadi setujulah sebab tak sabar nak keluarkan dia.
Induce pukul 10 malam sempat baca surah Maryam dan surah Yusuf. Tak habis lagi baca surah Yusuf, saya rasa sakit sangat. Tanya nurse ni sakit nak beranak ke? Dia kata tu sakit kontraksi.
Saya memang terkejut sangat rasa sakit tu yang teramat sakit. Sampai pukul 12 malam saya tahan sakit. Minta ubat tahan sakit. Bila doktor cucuk, saya rasa mengantuk sangat.
Pukul 1 pagi terjaga tidur masih lagi rasa sakit sangat. Rasa macam nak mati. Masa tu baru tahu macam ni rupanya sakit kontraksi bila di induce yang orang selalu cerita. Saya suruh suami panggil nurse.
Nurse cakap dah nampak kepala baby dan suruh push. Sebelum tu saya minta maaf pada suami sebab rasa macam dah tak larat sangat dan mengucap siap-siap.”
Lima minit teran, akhirnya bayi keluar dan menurut Ezzaty rasa kesakitan tadi hilang sekelip mata sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan dan kali ini dia terus cakap serik dah nak beranak lagi kepada doktor.
“Pengalaman yang sangat berbeza untuk setiap kelahiran anak. Anak pertama 28 jam dalam bilik bersalin, 45 minit proses meneran bayi tapi tak sakit. Anak kedua pula tiga jam sakit kontraksi, lima minit proses meneran tapi sakitnya teramatlah sakit,” demikian ceritanya yang turut diuji kesakitan ketika hamil anak kedua.
Tempoh empat bulan melalui fasa ‘mabuk mengandung’ memang benar-benar menguji. Isteri pelakon Azwan Kombos ini turut mengalami sakit yang membuatkan dia sukar untuk duduk, baring, berdiri dan sukar tidur selain kerap muntah. Namun semuanya berakhir selepas empat bulan kehamilan.
Ibu kepada Harum Dahlia dan Ahmet yang murah dengan senyuman ini kekal langsing biarpun baru beberapa bulan melahirkan anak. Ditanya tip kekal slim, rupanya Ezzaty mempunyai keturunan mudah naik berat badan selepas bersalin.
“Mak dan makcik saya sebelum bersalin kurus. Bila bersalin semua berat naik. Saya takut sebab kerjaya saya menuntut saya tampil menarik sentiasa.
Jadinya lepas anak umur setahun saya memang akan cut off sugar dan banyak minum air putih.
Saya makan sehari lima kali tapi dalam kuantiti yang kecil untuk meningkatkan metabolisme badan. Saya terpaksa korbankan makanan kegemaran saya iaitu kek coklat. Tapi bila dah dapat berat badan target saya makan sikit je buat rasa.
Bagi saya paling penting sekali amalan semasa tempoh berpantang. Saya memang sangat tradisional dan menjaga pantang. Kalau adik dan adik ipar saya waktu pantang tak pakai stokin atau bengkung saya akan bebelkan mereka,” menurut Ezzaty yang memakai bengkung 24 jam semasa tempoh berpantang.
Dia yang masih lagi mengamalkan diet sama seperti ketika melahirkan anak pertama, mengakui lama-kelamaan sudah terbiasa dengan minuman tanpa gula.
“Air manis memang tak minum langsung, kalau minum jus atau kopi pun saya tak letak gula. Lama-lama terbiasa,” ujarnya yang naik sehingga 67 kilogram ketika mengandungkan Ahmet.
Siapa sangka pelakon drama Andainya Takdir 2 ini seorang ibu yang sangat mementingkan pemberian susu ibu kepada kedua anaknya. Biarpun anak-anaknya tidak mahu menyusu secara terus daripada payudara tetapi Ezzaty tidak menjadikan alasan untuk tidak menyusukan mereka.
“Saya dah jumpa kaunselor laktasi dan dah banyak cara dibuat tapi anak-anak tetap tak nak menyusu direct. Jadinya saya kena pam susu dari anak sulung sampai anak nombor dua.
Penat tu memang penat tapi sebab dah niat nak menyusukan anak sekurang-kurangnya sampai mereka umur setahun jadi saya gigih mengepam.
Setiap hari Ezzaty akan rebus kurma cina, longan kering dan gula batu sebagai minuman milkbooster untuk membanyakkan susunya disebabkan dia kerap mengepam susu berbanding ibu lain yang menyusu secara direct maka risiko untuk penghasilan susunya berkurangan akan ada.
Pernah berpengalaman melalui pembedahan payudara kerana mengalami masalah breast abscess disebabkan bengkak susu yang tidak dirawat, Ezzaty kerap berkongsi mesej kesedaran kepada peminat dan sesiapa sahaja bakal ibu yang ditemui.
Justeru nasihat Ezzaty, bakal ibu terutama yang pertama kali kena belajar tetang ilmu penyusuan.
“Bengkak susu adalah perkara normal bagi yang baru melahir dan menyusukan anak tapi kalau bengkak lebih dari tiga hari, tolonglah jumpa doktor sebab masa anak pertama saya tak tahu.
Saya rawat sendiri masalah bengkak susu dengan buat macam-macam petua sampai menanggung sakit tiga minggu lamanya.
Lepas tu baru jumpa doktor dan akibatnya breast dah menanah dan perlu dibedah. Jadi masa anak kedua saya alami masalah yang sama tapi tak sampai tiga hari saya terus jumpa doktor dan Alhamdulillah tak perlu sampai dibedah.
Sakit akibat breast abscess tu 10 kali ganda lebih sakit daripada sakit melahirkan anak.
Bila jumpa ibu mengandung saya akan kongsi pengalaman tu sebab tak nak orang lain lalui macam saya,” pesan Ezzaty yang turut mendoakan semua peserta webinar Aku Tak Serik Bersalin melalui pengalaman indah waktu bersalin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun duduk di bandar tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada tanah. Tidak ada tanah di laman rumah kediaman sama ada rumah teres, kondominum atau apartment bukan alasan tidak boleh bercucuk tanam.
Bagi yang berminat dengan dunia kebun tentu ia bukan alasannya. Bagi mereka yang berminat berkebun tentu akan sanggup menyediakan ruang khas di laman rumah walaupun tidak mempunyai sebarang tanah. Maklumlah ruang hadapan rumah dijadikan parking letak kereta.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Suzana Yunan ini memang inspirasi, apabila beliau menyusun pasu-pasu secara kemas dan seragam di laman rumah untuk bercucuk tanam. Ia bagaikan kebun mini buatnya. Pelbagai jenis pokok ditanam untuk bahan masakan.
“Siapa kata duduk di bandar tak boleh bercucuk tanam. Sambil kita mendeco merasa jugak guna untuk memasak di dapur. Jadi suri rumah yang bijak baru cik abe sayang.”
Tanaman yang ditaman di laman rumah beliau antaranya bayam brazil, selasih, kesum, italian parsley, pegaga, kunyit, daun sup, ketumbar, pandan, limau kasturi, kari dan cekur.
Pasu cantik-cantik dan murah macam ni ada di sini bolehlah pilih.
Inspirasi tak? Apa lagi, ayuh mula bercucuk tanam di laman rumah anda.