Patutlah Mateen Dengar Cakap, Yana Ajar Anaknya Cintai Al-Quran Sejak Kecil. Sungguh Inspirasi!

Share

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan segala yang terbaik buat anak-anak. Salah satunya, mendidik anak mencintai Al-Quran sejak kecil adalah impian setiap ibu bapa. Sebagaimana yang dipaparkan oleh selebriti Yana Samsudin yang memuat naik video mengajar anaknya, Aisy Mateen mengaji walaupun baru berusia 3 tahun.

Lebih mengujakan, anaknya tetap duduk bersamanya mengikut bacaan surah oleh Yana. Lazimnya anak sebegini, tidak akan duduk diam. Nyata, didikan yang sempurna akan membentuk seseorang anak itu mendengar kata ibu bapa.

Nyata, naluri keibuan Yana begitu kuat sehingga anaknya mengikut bacaan surah walaupun dalam keadaan pelat. Bak kata perpatah, anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya” bagi membentuk membentuk keperibadian anak itu. Sungguh inspirasi!

“Aisymateen baca Al Fatihah mommy baca Al Ikhlas.”

Dalam pada itu, peminatnya melahirkan rasa kekaguman melihat cara Yana mendidik anaknya. Biarpun masih kecil Yana telah mendedahkan anak dengan persekitaran mencintai Al-Quran.

Sumber: Instagram Yan Samsudin