Kesihatan

Patutlah Kulit Licin Berseri, Rupanya Zarina Anjoulie Amal Bawang Putih Sebelum Tidur!

Share

ZARINA ANJOULIE atau lebih mesra dengan Anju, rajin berkongsi pelbagai jenis resepi di akaun Instagramnya. Antara jenis resepi yang sering dikongsikan adalah resepi makanan kesihatan.

Bukan itu sahaja, Anju juga sering mengiklankan produk-produk kesihatan.

Menerusi video yang dihantar di akaun Instagramnya semalam, Anju berkongsi dia mengambil seulas dua bawang putih mentah sebelum tidur.

 

Yang paling menarik, Anju mengambil bersama air “detox” yang mengandungi halia, lemon dan daun ketumbar.

Anju berkata dia sering mencuba resepi yang dikongsi oleh orang lain di Tiktok. Tambahnya, resepi-resepi yang dicuba bagus untuk kulit. Katanya, memang ada dijual dalam bentuk pil tetapi dia lebih suka yang “hidup”.

Sedikit info mengenai bawang putih ia dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Tanaman bawang putih kurang sesuai di Malaysia kerana negara kita mempunyai iklim yang lembab dan kerap hujan. Oleh itu, tanaman bawang putih mudah untuk diserang penyakit.

Negara yang menjadi pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun dan diikuti dengan India iaitu sebanyak 4%.

Anju turut berkongsi KHASIAT BAWANG PUTIH

mentah di ruangan kapsyen;

-Bawang putih boleh membantu melindungi daripada penyakit, termasuk selesema biasa

-Sebatian aktif dalam bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah

-Bawang putih meningkatkan tahap kolesterol, yang mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung

-Bawang putih mengandungi antioksidan yang boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan Demensia

-Membantu menyahtoksik logam berat dalam badan

Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi KEBAIKAN KUNYIT untuk;
-Keradangan
-Keadaan mata degeneratif
-Sindrom metabolisme
-Sakit sendi
-Hiperlipidemia (kolesterol dalam darah)
-Kebimbangan
-Sakit otot selepas bersenam
-Kesihatan buah pinggang

MESTI BACA: Garam Epsom Banyak Khasiat Untuk Kesihatan, Biar Anak Berendam Dengan Air Garam Ini

Khasiat Buah Betik Untuk Wanita, Makan 14 Minggu Berturut-turut Kulit Wajah Awet Muda

Bukan Hanya Buah, Daun Durian Belanda Pun Banyak Khasiatnya! Salah Satunya Rawat Sakit Pinggang

SUMBER: Instagram Zarina Anjoulie

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my