Memang kecoh kisah siakap sejak minggu ni gara-gara ikan siakap yang telah dimasak berharga lebih RM1 ribu.
Tidak dinafikan rasanya enak untuk masakan resipi 3 rasa.
Bagaimana rasa ikan siakap sangkar dan kolam agak berlainan.
Nak tahu lanjut tentang ilmu siakap ni ikuti perkongsian perniaga ini.
Disebabkan saya seorang penjual ikan, saya share sedikit, ilmu penting tentang siakap.
Siakap ada 2 jenis, siakap bela dan siakap liar. Ikan siakap adalah ikan yang lasak dan boleh hidup dalam air tawar/payau dan air masin. Siakap liar biasanya akan bertelur di kawasan paya bakau atau kawasan payau dan hanya akan berhijrah ke laut apabila dewasa.
Siakap yg kebiasaannya terdapat di pasaran adalah siakap bela yg diternak di dalam kolam ataupun sangkar laut. Walaupun siakap bela diberi makan pallet, tempat penternakan siakap turut memberi kesan kepada rasanya. Biasanya siakap sangkar lebih sedap berbanding siakap kolam kerana siakap kolam sedikit berbau lumpur. Harga siakap bela di pasaran antara rm15-21 sekilo.
Siakap liar/laut adalah siakap paling sedap dan manis. Malah rasanya lebih sedap dari jenahak dan ikan merah. Siakap laut hidup secara semulajadi dan makan ikan2 kecil serta plankton di lautan sebagaimana ikan laut yg lain. Harga pasaran ikan siakap liar atau siakap laut antara rm40-45 sekilo, setanding dengan harga jenahak liar dan merah liar.
Siakap laut boleh dikenali dgn warnanya yg lebih cerah dengan ekor sedikit kekuningan. Kadang-kala, pelanggan mudah tertipu kerana tidak dpt membezakn siakap laut dan siakap bela. Begitu juga ikan2 yg lain seperti jenahak, merah dan kerapu yg dibela sering dijual di pasaran dengan harga mahal. Sepatutnya harga ikan bela adalah separuh daripada harga ikan liar.
Bagi penjual ikan seperti saya, sekali tgok saya dah tahu ikan tersebut liar/bela. Bak kata pepatah, “sekilas ikan di laut sudah ku tahu jantan betina”.
Kesimpulannya, siakap bukanlah ikan vip pada asalnya kerana harganya jauh lebih murah dari ikan kurau, jelawat, kerapu minyak, kerapu bara, terubuk segar dan senangin. Bahkan harga bawal putih XXL pun mencecah rm60 sekilo, jauh lebih mahal dr siakap. Apatah lagi nak dibandingkan dgn patin muncung yg mencecah rm300 sekilo.
*p/s – Saya cuma share harga pasaran siakap mentah. Jangan takut dgn siakap kerana ianya tergolong ikan marhein, tetapi berhati2 jika ingin makan siakap di kedai makan berstandard tinggi yang berkelas dunia.
*Cuba teka dalam gambar, mana satu siakap bela, mana satu siakap liar? Dua2 saya jual.
Sumber: Asmah Chem